Senarai Lokasi Eco Shop (Kedai 2 Ringgit) Di Seluruh Negeri Pahang

Senarai Lokasi Eco Shop (Kedai 2 Ringgit) Di Seluruh Negeri Pahang

Ada orang Pahang tengah cari lokasi kedai Eco Shop? Jangan risau, saya senaraikan semua lokasi kedai Eco Shop atau dikenali sebagai kedai 2 ringgit yang ada di seluruh Pahang. Kadang anda tahu, tapi tak perasan rupanya ada je di kawasan berdekat kan.

Eco Shop ni sekarang dah jadi kedai saka. Katanya ramai yang masuk dan tidak keluar dalam tempoh yang lama. Manakan tidak, macam-macam nak dibeli kan, sebab harga murah. Masih melekat dengan gelaran kedai 2 ringgit walaupun kini harga jadi RM2.10

Untuk pengetahuan, selain daripada kedai fizikal, sebenarnya Eco Shop kini boleh beli secara online melalui platform Shopee. Anda boleh pergi ke EcoShop Malaysia dan mula shopping. Harga tetap sama iaitu RM2.10 untuk semua barang dan mungkin kena bayar postage sahaja. Tapi kekurangan dia, barang tidak sebanyak yang ada di kedai fizikal la.

BACA : Senarai Hotel Yang Memegang Sijil Halal Malaysia di Negeri Pahang

Jadi kalau anda rasa nak juga shopping di kedai fizikal Eco Shop tapi tak tahu lokasi berhampiran yang ada terutamanya di Pahang, anda boleh tengok senarai disini untuk tahun 2021. Di Temerloh, Kuantan, Kuala Lipis, Raub, Bentong, Pekan semua ada

Lokasi Eco Shop Yang Berada Di Seluruh Pahang

Kedai yang menjual pelbagai barangan seperti keperluan harian, barangan dapur, alatan mandi, makanan, barangan elektrik, alat tulis, mainanan, tuala, makanan, minuman dan banyak lagi ini sudah di setiap daerah di Pahang. Nak tahu kat mana, tengok senarai dibawah:

Balok Branch

Balok- B-4 & B-6(Grd & 1st Flr),
Lorong Balok Darat 14,
Pusat Perkhidmatan Balok, 26100 Kuantan, Pahang.

Bentong Branch

P6G-P7G, Jln Mg1,
Pusat Perniagaan Mutiara Gemilang,
28700 Bentong, Pahang.

Gambang Branch

No B2, B4, B6, B8 Grd, 1st & 2nd Floor,
Jln Kurnia Jaya 3,
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Jengka Branch

No 71 & 72, Ground Floor Dan 1st Floor,
Lorong Baiduri 7, Nadi Kota,
26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang

Jerantut Branch

20 (Ground Floor),
Lorong Saujana Idaman 1, Taman Saujana Idaman,
27000 Jerantut, Pahang.

Kuala Lipis Branch

K13, K15, K16, K17, K18, Lorong Bbkl 2/1/12,
Bandar Baru Seberang Jelai,
27200 Kuala Lipis, Pahang.

Mentakab Branch

2, Jln Bunga Tanjung,
28400 Mentakab, Pahang.

Muadzam Shah Branch

MM164-MM167, Jalan Medan Mewah 11,
26700 Muadzam Shah, Pahang

Pekan Branch

44 & 45, Jalan Sultan Abdullah,
26600 Pekan, Pahang.

Raub Branch

47 & 48, Tkt Bawah,
Jalan Perdagangan Raub, Pahang.

Taman Tas Branch

No A5, A7 & A9,
Lorong Pandan Damai, Jalan Kuantan Gambang,
26070 Kuantan, Pahang.

Temerloh Branch

No. 4, 10 (Ground & 1st Floor), No 8, 10 (Ground, 1st & 2nd Floor),
Jalan Pak Sako,
28000 Temerloh, Pahang.

Triang Branch

No.7 & 9, Jalan Komersil 2,
Pusat Komersil Triang,
28300 Triang, Pahang

Ada ke idok kedai Eco Shop kat kawasan korang?

2/Post a Comment/Comments

  1. kedai berhantu ni kata orang..

    ReplyDelete
  2. Para suami cukup takut dengan kedai ini. last2 habis duit dekat sini sahaja. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post