Ta-Daa! (CH 612) Rancangan Kanak-Kanak Terbaru Daripada Astro (Kids Pack)

Ta-Daa! (CH 612) Rancangan Kanak-Kanak Terbaru Daripada Astro (Kids Pack)

Mungkin ramai sedih terutamanya pelanggan Astro Kids Pack apabila siaran Disney telah diberhentikan. Oleh itu, mereka tambah lagi satu siaran baru untuk pakej tersebut yang diberi nama Ta-Daa! untuk CH 612.

BACA : Senarai Nombor Channel Astro Yang Baru Bermula 1 April 2020

Susulan daripada penamatan siaran Disney sebelum ini, Astro juga perkenalkan saluran baru iaitu Boomerang dan NickJr. Tapi tidak cukup dengan itu, Astro hari ini sekali lagi memperkenalkan siaran baru kanak-kanak, Ta-Daa! yang bersiaran di CH 612 dan juga secara On Demand serta melalui aplikasi Astro Go.

Ta-Daa! (CH 612) Rancangan Kanak-Kanak Terbaru Daripada Astro (Kids Pack)

Siaran Ta-Daa! menyediakan kandungan fokus dalam bahasa inggeris daripada pelbagai negara seperti USA, Jepun, Korea, China, UK, Kanada dan banyak lagi.

Jadi pakej langganan Kids Pack kini mengandungi Boomerang (Ch 619), Nick Jr. (Ch 617), Cartoon Network (Ch 615 HD / Ch 635) and Nickelodeon (Ch 616 HD / Ch 636) dan Ta-Daa! (CH 612). Walaubagaimanapun, siaran ini tidak ditawarkan untuk pengguna Njoi buat masa ini. Masa datang, kita tak tahu kan.

Tayangan Percuma (Preview) Siaran Ta-Daa Bermula 15 Mac 2021

Sempena perngenalan siaran Ta-Daa! Astro ada buat tayangan preview secara percuma untuk semua pengguna Astro bermula 15 Mac sehingga 4 April 2021. Selepas tamat kelak, jika anda ingin terus menonton siaran ini, anda perlu langgan kids pack.

Sepanjang tempoh preview ini, anda boleh saksikan Beyblade Metal Fusion, Dragon Force: Power of Dragon, Supa Strikas, Bola Kampong The Movie, Inspector Gadget, Kid vs Kat, Polly Pocket, Sonic The Hedgehog, Dino Dana dan banyak lagi.

Ta-Daa! (CH 612) Rancangan Kanak-Kanak Terbaru Daripada Astro (Kids Pack)

Adik-adik yang berminat kepada kandungan kartoon terutamanya, boleh tune-in dan tonton siaran Ta-Daa! di Astro sempena tayangan percuma ni.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post