Premis Perniagaan Di Temerloh Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam Bermula 5 Mac Ini (PKPP)

Premis Perniagaan Di Temerloh Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam Bermula 5 Mac Ini (PKPP)

Hari ini, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mengumumkan premis perniagaan di seluruh daerah Temerloh dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam bermula 5 Mac 2021.

Had waktu operasi premis perniagaan ini selari dengan status negeri Pahang yang bertukar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa 5 Mac sehingga 18 Mac 2021. 

Sebelum ini Menteri Kanan Kesalamatan, Dato Ismail Sabri Yaakob mengumumkan KL, Selangor, Penang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Sarawak, Perak dan Kelantan dibawah arahan PKPB. Manakala Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Putrajaya dan Labuan dibawah arahan PKPP bermula 5 Mac.

Oleh itu, kepada peniaga dan pengunjung yang berada di premis perniagaan seperti restoren, kedai makan, cafe, atau mana-mana kedai yang beroperasi sepanjang tempoh PKPP ini untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan pihak berkuasa negeri.

Pekan Sehari Temerloh Dibenarkan Beroperasi

Premis Perniagaan Di Temerloh Dibenarkan Beroperasi Sehingga 12 Malam Bermula 5 Mac Ini (PKPP)

Selain daripada had masa pengoperasian premis perniagaan, MPT juga membenarkan semula aktiviti Pekan Sehari Temerloh iaitu bermula Ahad ini, 7 Mac 2021

BACA : Sejarah Pekan Sehari Temerloh Yang Ramai Orang Tak Tahu

Seperti juga di premis perniagaan, para peniaga dan pengunjung diminta untuk sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan terutamanya sentiasa memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal ketika orang ramai. Tapi jika tiada keperluan, duduk rumah je la deh.


sumber : MPT

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post