Pahang Tidak Benarkan Berbuka Puasa Di Padang MBK 1 Sepanjang Ramadan
Kerajaan Negeri membuat keputusan, tahun ini tidak membenarkan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 yang berada di hadapan Masjid Negeri Kuantan. Pengumuman ini dibuat oleh EXCO Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda.
Kebiasaanya setiap tahun, penduduk Kuantan dan sekitar pasti tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa beramai-ramai sepanjang bulan Ramadan. Ada yang datang bersama keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja dan sebagainya untuk berbuka secara santai.
Selain kawasan yang luas, ianya memudahkan pengguna apabila diadakan juga Bazar Ramadan pada sekitar padang tersebut bagi orang ramai membeli juadah berbuka puasa. Lepas berbuka, boleh terus ke masjid untuk tunaikan fardhu Maghrib secara berjemaah atau pulang dan bersedia untuk solat tarawih.
Pahang tahun ini, dilaporkan terdapat 58 lokasi Bazar Ramadan dengan melibatkan 1,836 peniaga. Di Kuantan sahaja bawah Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) terdapat 25 lokasi dengan melibatkan 885 jumlah peniaga.
Buka Puasa Tidak Dibenarkan
Berikutan kes COVID-19 di Pahang khususnya masih belum reda, Kerjaan Negeri memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai di padang sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti ini pastinya membuatkan ramai orang berkumpul di suatu tempat yang mungkin penjarakan fizikal sukar untuk dikawal.
Dengan itu juga, diingatkan kepada semua peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan di seluruh Pahang sila patuhi arahan dengan mengikut segala SOP yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal 1 meter, pemeriksaan suhu dan sentiasa cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
Kali terakhir aku sempat berbuka puasa di padang MPK 1 ketika itu adalah pada tahun 2018. Berbuka bersama coursemate.
sumber : bharian
Post a Comment for "Pahang Tidak Benarkan Berbuka Puasa Di Padang MBK 1 Sepanjang Ramadan"
Post a Comment