Kadar Zakat Fitrah Di Pahang Untuk Tahun 2021 Kekal RM7. Ini 3 Kaedah Bayaran Ditetapkan

Kadar Zakat Fitrah Di Pahang Untuk Tahun 2021 Kekal RM7. Ini 3 Kaedah Bayaran Ditetapkan

Pahang baru-baru ini telah mengumumkan kadar bayaran Zakat Fitrah iaitu RM7 untuk setiap individu Muslim di Seluruh Pahang bagi tahun ini, tahun 2021 iaitu sama seperti tahun lalu. Oleh itu, anda boleh buat bayaran melalui 3 kaedah yang ditetapkan oleh pihak MUIP.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, Sultan Pahang iaitu YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri telah memperkenankan kadar bayaran tersebut.

3 Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Di Pahang

Oleh itu, pihak MUIP telah menyediakan seramai 942 orang amil yang ditauliahkan untuk melaksanakan urusan kutipan zakat di seluruh negeri Pahang. Selain daripada bayaran terus ke amil, orang ramai juga boleh membuat bayaran secara online melalui 2 lagi keadah iaitu di website ezakat.muip.gov.my atau menerusi aplikasi PahangGo.

1.  Bayaran kepada Amil

Kebiasaanya setiap tahun, pasti ada amil yang bertugas di masjid-masjid seluruh Pahang. Jadi anda boleh buat bayaran kepada amil yang dilantik dan bertauliah.

2.  Bayaran Melalui eZakat Pahang

Dikala Pahang khususnya masih mencatatkan kes jangkitan COVID-19, amatlah digalakkan orang ramai untuk membuat bayaran secara dalam talian (online) iaitu menerusi website ezakat.muip.gov.my

Pada bahagian ini, anda klik pada "Bayaran Zakat Fitrah"

Bayaran Melalui eZakat Pahang

Kemudian masukkan butiran yang ditetapkan, lafaz akad dan buat bayaran seperti biasa.

Bayaran Melalui eZakat Pahang

3. Bayaran Menggunakan Aplikasi PahangGo

Anda boleh muat turun aplikasi PahangGo di Play Store atau App Store. Kemudian pada bahagian hadapan, pilih butang "Zakat"

zakat fitrah pahang melalui pahanggo


sumber : MUIP

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post