Saksikan Tayangan Drama Ramadani Di TV3 (Istimewa Ramadan)

Drama Ramadani Di TV3

Sempena Ramadan, TV3 membawakan sebuah drama melayu televisyen tempatan, Ramadani yang akan mula bersiaran pada 18 April 2021 melalui saluran TV3.

Drama ini sepertinya mendapat perhatian penonton apabila menyaksikan buat pertama kali Abang Kawasan, Syamsul Yusof berlakon drama. Pasti ramai tak sabar nak tengok, macam mana beliau melakonkan seorang watak sebagai seorang ayah kepada anaknya yang nakal.

BACA : Tonton Semua Episod Drama Penjara Janji Slot Samarinda TV3

Episod : 4
Tayangan : TV3 dan Youtube TV3 Malaysia
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penerbit : Datuk Hasniza Nordin
Penulis Skrip : Azlina Pa'wan
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Ramadani ialah Nik Adam Mika, Syamsul Yusof, Dhia Irdina, Adrianna Qasmia, Ummar Dzariff, Hannah Delisha, Bella Astillah, Azlee Khairi, Shaharuddin Thamby, Zazly Baginda, Ryzal Jaafar, Idea Moin dan ramai lagi.

  • Nik Adam Mika sebagai MIKA
  • Syamsul Yusof sebagai TUAN RAHMAT
  • Adrianna Qasmia KHATIJAH
  • Bella Astillah sebagai LYDIA
  • Ummar Dzariff sebagai FAIZAL
  • Dhia Irdina sebagai MIRA

Drama Ramadani Di TV3

Sinopsis Drama Ramadani

Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak lelaki yang dimanjakan oleh bapanya. Ramadani (Nik Adam Mika) seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun merupakan seorang anak kepada seorang ahli perniagaan, Tuan Rahmat (Syamsul Yusof).

Ramadani sangat dimanjakan oleh ayahnya sehingga dia diberi seorang pengasuh untuk menjaganya. Walaupun begitu, pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga Ramadani sering bertukar kerana tidak ada seorang pengasuh pun yang dapat bertahan dengan sikap dan perangai Ramadani yang nakal.

Drama Ramadani Di TV3

Sehingga satu hari, ayahnya telah membawa pulang dua adik-adik gelandangan, Faizal (Ummar Dzariff) dan Mira (Dhia Irdina) yang menyebabkan hidup Ramadani mula berubah.

Apakah perubahan yang berlaku terhadap Ramadani? Apakah kesudahan drama ini? Saksikan kesemua episod drana Ramadani di TV3

Drama Ramadani Di TV3

Waktu Siaran

Drama Ramadani akan mula temui penonton pada 18 April ini yang ditayangkan setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Anda juga boleh saksikan secara online live tv di Tonton atau menerusi Youtube TV3 Malaysia.

Tonton Drama Ramadani (Full Episod)

Episod 1 | Episod 2

Episod 3 | Episod 4 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post