Selain Grab Dan Foodpanda, Banyak Lagi "Gig Job" Yang Boleh Dilakukan. Ini Senarainya!

senarai gig job di malaysia untuk tahun 2021

Sebelum ini kalau kita biasa dengar "Gig Job" mesti tuju pada pekerjaan Grab atau Foodpanda sebagai rider atau driver. Sebenarnya banyak lagi jenis pekerjaan "gig" yang ada disediakan di negara kita.

Apa itu gig job? Secara mudahnya, ianya sebuah perkhidmatan yang dijalankan berdasarkan permintaan (on-demand services) iaitu melalui platform gig digital. Sebagai contoh seperti Grab atau Foodpanda adalah melalui aplikasinya.

Ini bermakna, anda ada kerja, jika ada permintaan. Anda ada pendapatan, sekiranya ada yang buat tempahan makanan melalui Foodpanda atau ingin bergerak dari destinasi ke destinasi yang lain menggunakan Grabcar. Oleh itu, ianya boleh dilakukan sebagai part time job atau mungkin ada yang menjadikan ianya sebagai pencarian pendapatan utama.

Dengan ekonomi sekarang yang tidak menentu, pastinya menjejaskan pendapatan. Jadi untuk penyelesaian, kita perlu juga kepada alternatif pekerjaan sampingan atau kerja kedua. Salah satu cara adalah melalui gig job ini.

BACA : Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Tapi sebenarnya, bukan gig job ini sahaja yang ada di Malaysia. Sebenarnya banyak jenis dan platform yang menyediakan perkhidmatan atau kerja gig ini untuk tahun 2021. 

Senarai Gig Job Yang Ada Di Malaysia

Jadi nak tahu kerja apa lagi yang ada dalam skop 'gig work' ini, boleh tengok senarai dibawah

Kerja Kategori Link
Grabcar Driver/Rider www.grab.com
Foodpanda Rider www.foodpanda.my
123RF Jual gambar/video www.123rf.com
DeliveryEat Rider jom.delivereat.my
Favser Freelance jobs (skills) www.favser.com
Freelancer Freelance jobs www.freelancer.com
Goget Freelance jobs goget.my
iStock Jual gambar/video www.istockphoto.com
Jompaw Jaga kucing/haiwan www.jompaw.com
Lalamove Delivery rider/driver www.lalamove.com
Kaodim Freelance jobs www.kaodim.com
MakCikTravels.com Freelance jobs (perempuan) makciktravels.com
Matdespatch Delivery rider/driver matdespatch.com
MyBump Media Tampal iklan pada kereta mybump.my
MyCar Driver www.mycarasia.com
RidingPink Driver (perempuan) ridingpink.com
ServisHero Freelance jobs servishero.com
Snapask Sebagai tutor snapask.com
Supahands Freelance jobs www.supaagents.com
TapauJe Rider tapauje.my
TheLorry Servis penghantaran thelorry.com/my
Udemy Sebagai tutor www.udemy.com
Upwordk Freelance jobs www.upwork.com
Maxim Driver taximaxim.com
Sifututor Online tutor sifututor.my
Bateriku Freelance technician www.bateriku.com
Moovby Sewakan kereta anda moovby.com
Mula Driver/Rider mula2u.com
Trevo Sewakan kereta anda trevo.my
Teman Jaga warga emas www.temanmalaysia.com
Locum Apps Freelance job untuk doktor/nurse www.locumapps.com
Ruang Cikgu Mengajar online www.ruangcikgu.com
Kiddocare Jadi babysitter www.kiddocare.my
Rtist Freelance jobs (skills) www.rtist.com.my
TechMe Tutor online www.teachme.com.my
GigaGigs Freelance Job www.gigagigs.com

Untuk senarai gig job yang lain, anda boleh muat-turun aplikasi TheKedua di PlayStore atau AppStore


sumber : akif jamaludin

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post