Tonton Drama Kampung Kolestrol Di TV9 (Slot Diandra)

Drama Kampung Kolestrol Di TV9 (Slot Diandra)

Drama Kampung Kolestrol akan mula bersiaran pada 20 April 2021 melalui slot Diandra TV9. Rasanya dah lama slot ini tidak ditayangkan drama baru. Jadi sempena Ramadan, baru pihak TV9 terbitkan drama ini yang juga boleh ditonton di Viu Malaysia.

Drama komedia yang mengisahkan kisah penduduk kampung ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan dibarisi pelakon yang utamanya adalah seorang penyanyi. Antaranya Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.

Episod : 20
Tayangan : Slot Diandra TV9 dan Viu Malaysia
Pengarah : Shuhaimi Lua
Idea Asal : Irdeena Nur Humaira
Penulis Skrip : MF Kencana
Penerbit : Wan Zamri Wan Ab. Kadir
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Drama Kampung Kolestrol dibarisi pelakon seperti Mas Idayu, Ziana Zain, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Rusdi Ramli, Ryun, Dato Shah Reza, Ifa Raziah, Azar Azmi, Safwan Nazri dan ramai lagi.

Drama Kampung Kolestrol Di TV9 (Slot Diandra)

Sinopsis Drama Kampung Kolestrol

Drama Kampung Kolestrol mengisahkan gelagat komedi pelbagai isu semasa yang berlaku di Kg Kolestrol, sebuah kampung yang kebanyakan penduduknya tidak menjaga pemakanan seimbang sehingga tinggi kolesrol. Kampung ini kaya dengan adat dan budaya kampung. 

Kak Bib (Mas Idayu) merupakan ketua kampung wanita pertama di kampung itu manakala madunya Kak Gee (Ziana Zain) merupakan timbalan ketua kampung. Suami mereka Encik Suratman (Rusdi Ramli) sibuk berniaga di luar. Mereka berdua ada perniagaan masing masing di kampung.

Kak Bib adalah wanita yang agak lasak dan tegas, dia mempunyai bengkel kereta. Kak Gee pula berniaga sebagai mak andam, menyediakan pelamin dan makeup majlis perkahwinan. Kak Bib tinggal bersama anaknya Amir (Aiman Tino) dan Laila (Ryun) manakala Kak Gee tinggal di rumah depannya bersama anaknya Adi (Sufian Suhaimi).

Setiap hari, Kak Bib dan Kak Gee akan berhadapan dengan pelbagai masalah dalam kampung.... Setiap permasalah tersebut, Kak Bib dan kak Gee akan meminta anak bujang mereka Adi dan Amir untuk menyiasat dan membantu menyelesaikan segala masalah tersebut.

Drama Kampung Kolestrol Di TV9 (Slot Diandra)

Drama Kampung Kolestrol Di TV9 (Slot Diandra)

Waktu Siaran

Drama Kampung Kolestrol akan bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, jam 8.30 malam melalui slot Diandra TV9 mulai 20 April ini saluran Unifi TV 109, Astro 149 dan MYTV109. Jika terlepas, boleh juga saksikan di aplikasi Viu Malaysia atau menerusi website www.viu.com selepas habis tayangan di TV.

Tonton Drama Kampung Kolestrol (Full Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

  1. tengok dah malam tadi, tengok pelakon dia pun dah tahu mesti kelakar ceritanya

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post