Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2024

Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2021

Kepada yang bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetapi, sangat dinasihatkan untuk buat carumah sukarela KWSP melalui insentif i-Saraan. Ini adalah cara terbaik untuk simpanan masa depan anda. Cara permohonan pun mudah je.

KWSP biasa kita dengar hanya menerusi caruman tetapi daripada majikan termasuk kita sendiri berdasarkan gaji kita peroleh jika bekerja. Tetapi bagaimana kalau kita bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan tetapi kita mahukan tabungan persaraan apabil kita tua nanti? Ya! melalui kaedah Caruman Sukarela.

Akan tetapi selain daripada Caruman Sukarela, bermula tahun 2018 yang lalu, Kerajaan telah menyediakan Insentif Persaraan melalui i-Saraan. Ianya membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan.

BACA : Cara Buat Permohonan Rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP)

Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama, anda akan menerima caruman tambahan daripada pihak Kerajaan setiap tahun yang tiada pada caruman KWSP biasa.

Tak kisahlah anda kerja apa sekali pun sama ada dalam bidang pertanian, perniagaan, perikanan, pengangkutan, ejen, dropship, perkhidmatan atau apa sahaja tetapi tiada majikan, anda layak untuk insentif i-Saraan ini.

Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2021

Insentif Persaraan (i-Saraan)

Jika anda berdafar dibawah program i-Saraan ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% atau jumlah jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun ke atas caruman yang dibuat.

Contoh : Jika jumlah caruman adalah RM1200/setahun (RM100/sebulan), anda peroleh tambahan RM180. Jadi untuk dapatkan jumlah maksimum RM250, anda perlu carum ~RM1668/setahun atau RM139 sebulan.

Tapi adakah faedah lain yang diterima melalui insentif i-Saraan ini? Adakah masih peroleh dan boleh nikmati divided seperti akaun KWSP biasa?

Faedah i-Saraan

Seperti yang diumumkan oleh pihak KWSP, antara faeadah yang diperoleh jika anda pencarum dibawah insentif i-Saraan ini adalah :

  • Peroleh insentif khas sebanyak 15% atau tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun.
  • Anda boleh mencarum sendiri (mengikut kemampuan) yang yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa anda dan kemampuan kewangan serta masih boleh membuat pengeluaran
  • Juga peroleh dividen tahunan 
  • Peroleh bantuan Kematian : RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat)

Had bayaran, minimum adalah RM0 dan maksimum adalah RM60,000 setahun

Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2021

Syarat Permohonan

Jadi insentif i-Saraan ini, siapakah yang layak memohon. Antara syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Orang yang bekerja sendiri (orang yang melakukan apa-apa pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja dan punya majikan)
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan dengan menghantar borang KWSP 16G(M)

Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2021

Cara Buat Permohonan

3 perkara yang anda perlu buat semasa membuat permohonan insentif i-Saraan ini. Anda boleh selesaikan kesemua perkara ini di cawangan KWSP sahaja kerana perlu diturunkan cap jari. Jadi anda perlu hadir untuk proses pendaftaran. Prosesnya pun mudah sahaja dan semuanya adalah PERCUMA.

  1. Daftar Ahli KWSP
  2. Daftar i-Saraan
  3. Daftar i-Akaun


1.  Daftar Ahli KWSP

Jika anda sampai di cawangan KWSP, anda hanya perlu maklumkan kepada staf untuk daftar ahli KWSP terlebih dahulu. Segala proses boleh disiapkan beberapa minit sahaja melalui pendaftara ahli di kiosk. Anda perlu bawa MyKad sahaja

2.  Daftar i-Saraan

Kemaskini Terbaru : Kini anda boleh juga daftar secara online dengan layari laman web online.kwsp.gov.my/isaraanReg/

Sekiranya, anda ining daftar secara manual di kaunter KWSP, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah

Langkah 1 - Muat-turun borang i-Saraan - KWSP 16G (M) terlebih dahulu dan bawa untuk proses pendaftaran

Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2021

Langkah 2 - Muat-turun borang i-Saraan- KWSP 6A (2) (jika anda ingin buat bayaran secara terus di kaunter) (saya sarankan tak perlu bawa borang ini, bayar secara online sahaja).

BACA : Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Secara Online Menggunakan Maybank2U

Langkah 3 - Bawa MyKad sekali untuk pendaftaran di kaunter.

Langkah 4 - Duduk dan tunggu sehingga selesai

3.  Daftar i-Akaun

Pendaftaran ini bertujuan memudahkan kita bagi memantau akaun KWSP kita secara online pada bila-bila masa sahaja. Juga boleh dibuat menggunakan kiosk KWSP sahaja.

Pendaftaran menggunakan nombor kad pengenalan. Anda perlu tetapkan kata laluan atau password yang akan digunakan bersama i-Akaun.

Jika sudah selesai, anda boleh mula Login di secure.kwsp.gov.my/member/login

daftar i-akaun kwsp 2021

Untuk maklumat lanjut berkaitan insentif i-Saraan, anda boleh pergi ke laman web KWSP atau klik pada pautan ini www.kwsp.gov.my/i-saraan

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post