Mukim PKPD Dalam Daerah Temerloh Nak Guna SOP PKPD Atau PKP 3.0?

2 Mukim PKPD Dalam Daerah Temerloh Nak Guna SOP PKPD Atau PKP 3.0?

Bermula 1 Jun 2021, seluruh negara akan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial ekonomi ataupun 'Total Lockdown' (PKP 3.0). Jadi perlu mematuhi segala SOP PKP yang diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Keselamatan.

Akan tetapi, bagaimana pula dengan mukim dalam daerah Temerloh terutamanya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu mukim Perak dan mukim Bangau? Adakah PKPD ini akan terbatal pada 1 Jun ini dan seterusnya menggunakan SOP PKP 3.0 tersebut? Atau adakah diteruskan sehingga tamat PKPD iaitu pada 10 Jun 2021 nanti?

Kita sudah dapat lihat, SOP yang dikeluarkan bagi kawasan PKP 3.0 atau Total Lockdown berbeza dengan SOP untuk kawasan PKPD untuk daerah Temerloh khususnya. Contohnya kebenaran untuk berniaga di tepi jalan. SOP PKPD tidak dibenarkan, tetapi SOP PKP dibenarkan tetapi mengikut SOP yang ketat.

SOP Kawasan PKPD Diteruskan Sehingga Tamat Tarikh Kuatkuasa

Menerusi kiriman yang dikongsikan di laman facebook Majlis Keselamanatan Negera (Negeri Pahang) bagi kawasan, mukim, daerah di negeri Pahang yang dikenakan PKPD masih lagi menggunakan SOP PKPD sehingga tamat tarikh kuatkuasa. SOP 1 Jun 2021 yang terbaru tidak membatalkan SOP PKPD sedia ada seperti di Temerloh.

Oleh itu, SOP PKP Penuh (FMCO) berkuatkuasa 1 Jun 2021 ini hanya terpakai untuk kawasan, mukim, daerah atau negeri yang menggunakan SOP PKP Am Seluruh Negara 12 Mei 2021 sebelum ini sahaja.

Di daerah Temerloh, terdapat 2 mukim iaitu mukim Perak dan mukim Bangaun dikenakan PKPD sehingga 10 Jun 2021, oleh itu perlu terus patuhi SOP PKPD tersebut. Untuk kawasan lain yang dikenakan PKPD dalam negeri Pahang juga perlu patuhi SOP sedia ada :

  • 7 mukim daerah Kuantan yang dikenakan PKPD sehingga 7 Jun 2021
  • 3 lokaliti di Bera (Bandar Triang, Pekan Kemayan, Gugusan Mendi) sehingga 11 Jun 2021
  • Mukim Batu Talam di Raub sehingga 10 Jun 2021
  • 3 Mukim dalam daerah Lipis sehingga 8 Jun 2021
  • Sekitar Gau sehingga 6 Jun 2021
  • 7 lokaliti di Sempalit, Rabu sehingga 4 Jun 2021
  • Rumah Banjir Kuala Teh Jerantut sehingga 4 Jun 2021

Jadi untuk kawasan-kawasan ini, anda boleh rujuk SOP PKPD dan bukan SOP PKP sehinggalah kawasan anda tamat tarikh kuatkuasa.



1/Post a Comment/Comments

  1. terus rindu mak abah berlebihan lepas tengok signboard Kuantan tu Allahu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post