Saksikan Drama Budak Tebing 2 Di Slot Lestary TV3 Dan iQIYI Malaysia

Saksikan Drama Budak Tebing 2 Di TV3 Dan iQIYI Malaysia

Slot Lestary kali ini membawakan sebuah drama, Budak Tebing 2 yang akan mula bersiaran pada 18 Jun 2021 di TV3 dan juga menerusi platform iQIYI Malaysia yang boleh ditonton secara online dan percuma. Drama baru ini menggantikan Kekasih Hati Mr. Bodyguard sebelum ini.

Budak Tebing 2 merupakan kesinambungan daripada drama Budak Tebing yang pernah disiarkan pada tahun 2020 yang lepas. Sehinggakan drama tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton.

Selama 13 episod tayangan, drama untuk Budak Tebing musim pertama tersebut telah mendapat lebih 10 juta penonton di TV3 termasuk tontonan di Youtube rasmi TV3. Dengan kembalinya untuk musim ke-2 ini, pastinya pengarah akan membawakan lebih drama dalam Budak Tebing 2.

Judul : Budak Tebing 2
Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan aplikasi iQIYI Malaysia
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Janjira, Sofia J dan PGR's Team
Penerbit : Jalena Rejab
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

Saksikan Drama Budak Tebing 2 Di Slot Lestary TV3 Dan iQIYI Malaysia

Barisan Pelakon

Budak Tebing 2 masih mengekalkan pelakon bagi watak utama mereka iaitu Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran. Mereka akan dibantu oleh pelakon dan watak baru seperti Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Zarina Zainuddin, Nellisa Nizam dan Imran Aqil@Ijeebster dan ramai lagi

  • Adam Lee sebagai ARIF
  • Aedy Ashraf sebagai TONGKI
  • Eyka Farhana sebagai IRA
  • Bella Dowanna sebagai LAURA
  • Fariz Isqandar sebagai YOYOL
  • Firdaus Ghufran sebagai TALAM
  • Fauzi Nawawi sebagai AFENDI
  • Pablo Amirul PABLO
  • Syafie Naswip PAAN

    Saksikan Drama Budak Tebing 2 Di Slot Lestary TV3 Dan iQIYI Malaysia

Sinopsis Drama Budak Tebing 2

Drama Budak Tebing 2 bermula dengan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas mereka gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). 

Tongki perlu menjaga ayahnya dan dalam masa yang sama perlu bekerja tetapi dia sering dikhianati. Manakala Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi iaitu ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.

Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira pula cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa mereka kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Saksikan Drama Budak Tebing 2 Di Slot Lestary TV3 Dan iQIYI Malaysia

Waktu Siaran

Jangan lupa untuk hangatkan lagi untuk drama Budak Tebing 2 yang akan mula bersiaran pada 18 Jun ini, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam di slot Lestary TV3.

Anda juga boleh tonton secara online di aplikasi iQIYI Malaysia secara percuma atau website di www.iq.com sejurus selepas habis tayangan di tv, jam 10.00 malam

Tonton Drama Budak Tebing 2 (Semu Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 (Akhir)


sumber : hellokerja.com

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post