Cuba Tealive Grape Velvet Smoothie With Coconut Jelly Plak? Ada 1 Je Yang Best!

Grape Velvet Smoothie With Coconut Jelly

Kali ni aku tertarik pula nak cuba menu-menu baru Tealive ni tak seperti menu-menu baru sebelum ni. Mungkin ini penangan PKP yang memaksa untuk stay at home. Kali ni kali ke-2 cuba Tealive Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly plak.

Dalam perkongsian sebelum ni, aku ada bagi tahu yang mana Tealive memperkenalkan Grape Velvet series untuk waktu terhad (Limited Time Offer). Ini bermakna, jika habis tempoh promosi, habis lah menu baru ni di Tealive.

Dalam series ini terdapat 3 jenis minuman iaitu Sparkling Grape Velvet with 3Q Jelly, Grape Velvet Milk with Black Diamond dan Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly. Aku dah cuba Grape Velvet Milk sebelum ini dan bagi aku sangat sedap!

Jadi kali ini, aku trigger lagi apabila ada yang bagi tahu, smoothie lagi sedap. Jadi aku order la sekali lagi dan kali ni aku nak rasa sendiri Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly tu. Sedap ke tak sedap? Ini pandangan aku.

Review Grape Velvet Smoothie With Coconut Jelly

Berbeza dengan series yang lain, Grape Velvet Smoothie ini hanya menawarkan 1 saiz sahaja iaitu L (large) dengan harga RM10.90. Tiada saiz R (regular). Tak tahu kenapa. Jadi aku terpaksa la order saiz ni. Kali ni aku order guna GrabFood yang pastinya mahal sikit la.

Dapatkan barangan Tealive seperti pearls, milk tea, bubble tea kit, oat milk dan sebagainya melalui akaun rasmi Tealive di Shopeealert-info

Berbeza dengan Grape Velvet Milk, minuman smoothie ni korang tak perlu goncang lebih-lebih untuk sebatikan bahan-bahan didalamnya. Jadi anda boleh terus minum sejurus air ni sampai kepada anda. Dalamnya ada grape velvet smoothie bersama jelly kelapa. Itu sahaja.

review Grape Velvet Smoothie With Coconut Jelly

Bagi pandangan aku, air Grape Velvet Smoothie ni rasa seperti ais blended ribena yang tidak terlalu pekat tetapi rasa lebih pada masam anggurnya. Aku tak suka sangat air masam-masam ni. Tapi sedap bila minum bersama coconut jelly yang ada dalamnya. Jadi bagi aku, Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly ni hanya sedap pada jelly sahaja.

Tapi berdasarkan pandangan nitizen lain, mungkin mereka suka akan rasa masam anggur. Macam aku lebih suka masam manis seperti pada variasi milk tersebut. Tapi rasanya untuk variasi sparkling, aku tak minum dah kot kecuali orang belanja la. Potong kaki nanti hehe

Jadi korang pula suka minuman yang mana pada menu baru Tealive Grape Velvet kali ni?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post