Saksikan Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Slot Akasia diteruskan lagi dan kali ini menerusi drama Hatimu Sedingin Salju yang akan mula bersiaran pada 24 Jun 2021 di TV3 dan juga menerusi secara online platform di iQIYI Malaysia dengan tayangan pada hari yang sama juga.

Hatimu Sedingin Salju ditayangkan selepas, drama Masih Ada Rindu melabuhkan tirainya secara rasmi pada 23 Jun yang lalu untuk 16 episod sahaja. Kali ini sebuah drama baru yang menampilkan pelakon seperti Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail dan ramai lagi.

Judul : Hatimu Sedingin Salju
Episod : 28
Pengarah : Bahri Uma
Penulis Skip : Shida Zali, Mia Marziah Manaf, Ema Shamsuri, Azril Hamzah
Penerbit : Dato Sri Jaspal S. Korotana
Produksi : Orangetree Production
Lagu Tema : Andaikan - Sarah Suhairi

Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam Hatimu Sedingin Salju seperti Hisyam Hamid, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Fadhlan Hazim, Bella Dowanna, Zila Bakarin, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Scha Elinnea dan ramai lagi

  • Hisyam Hamid sebagai ARMAN
  • Aprena Manrose sebagai RANIA
  • Hafeez Mikail sebagai NABIL
  • Fadhlan Hazim sebagai HAIKAL
  • Bella Dowanna sebagai SYENA
  • Mustafa Kamal sebagai DATO’ JAMAL
  • Zila Bakarin sebagai PUAN NORAINI
  • Maria Farida sebagai DATIN MIMI
  • Rahim Jailani sebagai MAHFUZ
  • Scha Eliana sebagai MELISSA

Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju

Drama Hatimu Sedingin Salju mengisahkan Arman (Hisyam Hamid) yang terpaksa mengalah dengan rakan baiknya, Haikal bagi mengejar cinta Rania (Aprena Manrose). Sejak peristiwa tersebut, Arman sepertinya tidak mahu lagi bercinta dan lebih fokus kepada kerja dengan menguruskan syarikat bapanya, Datuk Jamal (Mustafa Kamal).

Datuk Jamal dan Datin Mimi (Maria Farida) iaitu ibubapa kepada Arman berasa bimbang kerana anaknya begitu sibuk bekerja dan masih tidak berkahwin walaupun umu sudah mencecah 33 tahun. Disebabkan itu, ibubapa bersama adiknya, Nabil (Hafeez Mikail) telah mengantur 'plan' untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya dengan membawanya bercuti ke sebuah resort di Langkawi.

Drama Hatimu Sedingin Salju Di TV3 (Slot Akasia)

Tanpa dijangka, disana Arman bertemu kembali dengan Rania iaitu perempuan yang pernah dicintai suatu ketika dahulu. Disitulah mereka mula rapat dan timbul kembali bibit-bibit cinta. Akan tetapi, sebenarnya dalam masa yang sama, rupanya-rupanya adik Arman iaitu Nabil juga telah menaruh hati kepada Rania dan menyebabkan hubungan adik-beradik itu dingin.

Jadi siapakah yang akan dapat memaut hati Rania? Adakah Rania kembali kepada cinta lamanya atau memilih Nabil? Kena tengok nanti

Waktu Tayangan

Drama Hatimu Sedingin Salju akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 bermula 24 Jun ini. Selain itu, penonton boleh juga saksikan secara online menerusi aplikasi iQIYI Malaysia atau di laman web www.iq.com/local. Jika anda pengguna VIP, anda boleh tonton bermula jam 8.00 malam hari yang sama dan tontonan percuma untuk semua selepas 24 jam tayangan.

Tonton Full Episod Drama Hatimu Sedingin Salju

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Episod 19 | Episod 20 | Episod 21

Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27

Episod 28 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

  1. tak sempat nak layan drama melayu sekarang...drama korea kat neflix dah panjang sgt list nak tengoknya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post