Tonton Drama Terbaru Astro Prima, Suara Hati (Slot Tiara)

drama suara hati astro prima
 

Minggu ini akan bermula tayangan sebuah drama terbaru melayu tempatan, Suara Hati melalui slot Tiara di Astro Prima. Tayangan akan bermula pada 19 Julai 2021 bagi menggantikan drama sebelumnya Derita Untuk Bahagia.

BACATonton Semua Episod Drama Tercipta Satu Ikatan Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Suara Hati' karya Anis Ayuni terbitan Alaf 21 yang telah diterbitkan pada tahun 2002. Sebuah drama genre kekeluargaan pastinya akan memberikan pengalaman menonton untuk peminat drama melayu.

Judul : Suara Hati
Episod : 13
Tayangan : Slot Tiara Astro Prima
Pengarah : Emy Suffian (Pyan Screw)
Penutlis Skrip : Farah Alya As’ari
Penerbit : Dato Zaiton Mohd Jiwa
Produksi : Global Film Station Sdn. Bhd.

drama suara hati astro prima

Barisan Pelakon Dan Watak

Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela memegang watak utama dalam drama ini. Manakala mereka dibantu oleh barisan pelakon seperti Aidil Aziz, Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud, YM Dato’ Sri Rezza Shah dan ramai lagi

  • Syafiq Kyle sebagai HARRIS
  • Hanna Aqeela sebagai HANI
  • Aidil Aziz sebagai NAIM
  • Zera Hariz sebagai SURAYA
  • Afzan A Rahman sebagai AMIR
  • Qistina Khaled sebagai SARAH
  • Syahir Shafein sebagai RAMZI
  • Liza Rafar sebagai SHA

drama suara hati astro prima

Sinopsis Drama Suara Hati

Drama Suara Hati mengisahkan seorang gadis, Hani iaitu seorang pelajar universiti bercinta dengan Haris. Mereka berdua aktif dalam aktiviti sukan ketika waktu zaman belajar. Akan tetapi, tiba-tiba Haris hilang dan senyapkan diri tanpa khabar berita.

Disebabkan itu, Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim iaitu seorang pensyarah di universitinya sendiri. Tetapi sekali lagi berlaku perkara yang tidak diingini apabila Haris tiba-tiba muncul semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani telah disatukan dengan Naim.

Perkahwinan Hani dan Naim bahagia, namun Naim meninggal dunia semasa Hani mengandungkan anak kedua mereka. Hani bertemu semula dengan Haris yang ingin kembali dalam hidupnya semula.

drama suara hati astro prima

Waktu Siaran

Drama Suara Hati akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang melalui slot Tiara Astro Prima saluran 105 bermula 19 Julai ini. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk bukan pelanggan Astro, anda boleh saksikan menerusi aplikasi Sooka atau di website www.sooka.my dengan langganan VIP serendah RM15.90 sebulan

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post