Review CCTV TAPO C210 Letak Di Rumah Dengan Harga Bawah RM150

Beli CCTV Rumah Terbaik Jenama TAPO C210 Dengan Harga Bawah RM150

Sediakan payung sebelum hujan! Jadi kami sekeluarga decide untuk dapatkan sebuah CCTV Rumah yang dapat memantau 24 jam. Jadi aku beli lah jenama TAPO daripada TP-Linkmodel C210 dengan harga bawah RM150 sahaja. Berbaloi beb!

Kita tidak tahu apa-apa kejadian terutamanya kita tidur. Kita juga tidak boleh pantau setiap sudut rumah kita. Mungkin ada berlaku kecurian, rompakan atau apa-apa kejadian yang tidak diingini. Jadi sedikit sebanyak CCTV ini dapat membantu.

BACA JUGA : Aku Decide Beli Microsoft Surface Laptop 3 Untuk Reward Diri Sendiri

Sebenarnya terdapat banyak jenama Home CCTV terbaik di pasaran. Ada jenama TP-Link, Realme, Xiaomi Mijia, GOQ, SriHome dan banyak lagi. Kebanyakkan semua adalah mampu milik dan boleh dipasang sendiri di rumah. Tidak perlukan technician je.

Jadi disini aku nak kongsikan sediri CCTV Rumah yang aku beli daripada jenama TP-Link dengan model TAPO C210 antara cctv terbaik keluaran mereka untuk tahun 2021.

Spesifikasi CCTV Rumah TP-Link TAPO C210 

TAPO C210 menawarkan hampir semua ciri-ciri yang patut ada pada sebuah CCTV Rumah. Tapi ada ciri yang membezakan dengan cctv lain atau daripada jenama yang sama TP-Link

  • Ultra-High-Definition Video : 3MP 
  • Pan & Tilt: 360°
  • Sambungan Wifi
  • Penglihatan Malam (Night vision)
  • Pengesan gerakan
  • Alarm
  • Audio dua-hala
  • Menyokong kad microSD
  • Voice control (

Kualiti Video

TAPO C210 menawarkan resolusi video 1080p Full HD dengan 3MP yang pastinya lebih terang dan tajam daripada 2MP yang biasanya ditawarkan pada jenama CCTV Rumah yang lain.

review kualiti tapo c210

CCTV ini juga mempunyai ciri Night Vision dengan ciri 850 nm IR LED yang menyokong sehingga 30 kaki. Jadi tidak ada masalah jika keadaan tersebut tiada cahaya, tetapi ianya masih mampu untuk merakam dengan baik.

review kualiti tapo c210 night vision

review kualiti tapo c210 night vision

Audio Dua-Hala

Ini adalah antara ciri yang menarik ada pada TAPO C210 ini iaitu anda boleh berkomunikasi dua-hala. Anda boleh bercakap menerusi sambunga telefon pintar anda dan suara akan keluar daripada speaker yang ada di CCTV tersebut. 

Selain itu, anda juga boleh mendengar suara daripada cctv tersebut dan terus dihantar ke telefon pintar. Jadi seolah-olah anda berada dalam cctv dan boleh terus buat tindakan sekiranya ada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kecurian. Boleh jerit je terus

review kualiti tapo c210

Sambungan Wifi

TAPO C210 boleh disambung kepada wifi rumah anda dan sekali gus anda boleh pantau menggunakan telefon pintar melalui aplikasi Tapo pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada selagi mana cctv tersebut masih bersambung bersama wifi rumah anda.

Aplikasi Tapo

Semua cctv jenama TAPO dari TP-Link ini boleh disambungkan dan boleh dikawal sepenuhnya menggunakan aplikasi Tapo yang boleh dimuat-turun daripada App Store dan Play Store secara percuma.

Selepas sambungan berjaya, anda boleh saksikan secara live video cctv daripada aplikasi tersebut. Selain itu, anda juga boleh kawal pan & tilt ikut kesesuaian anda. Boleh bercakap melalui cctv. Boleh juga tangkap gambar. Banyak lagi fungsi yang ditawarkan melalui aplikasi Tapo ini.

Cara Tetapkan Aplikasi Tapo

Selepas siap install aplikasi Tapo, untuk pemula klik pada "Sign Up" dan masukkan email dan password untuk digunakan selepas ni. Anda akan menerima email bagi tujuan verfikasi.

Kemudian tambah peranti anda dengan klik ikon + dan masukkan Tapo C210. Hidupkan cctv anda sehingga lampu LED berkelip merah dan hijau, tekan "Next"

cara tetapkan aplikasi tapo

Sambungkan cctv anda bersama telefon pintar dengan klik pada nama cctv pada wifi setting. Kemudian sambungkan pula cctv dengan wifi rumah anda dengan klik pada nama wifi rumah anda. Tetapkan sehingga selesai.

cara tetapkan aplikasi tapo

Ciri-Ciri Lain

Anda boleh tetapkan amaran yang akan dihantar terus ke smartphone anda sekiranya berlaku apa-apa  pergerakan (motion detection). 

TAPO C210 menyokong microSD sehingga 256GB. Kapasiti ini mampu menyimpan video lebih kurang 512 jam (21 hari). Sekiranya sudah penuh, video lama akan dipadamkan dan diganti dengan video baru.

CCTV ini juga menyokong Voice Control sama ada menerusi Google Assistant atau Amazon Alexa.

Untuk ketahanan, sebenarnya CCTV TAPO C210 ini adalah kegunaan indoor sahaja dan ianya bukan kalis cuaca. Tapi sekiranya ingin diletakkan diluar, sebaiknya pastikan ianya terlindung daripada air hujan.

Harga TAPO C210

Pembelian TAPO C210 anda akan dapat 1 cctv, power cord 3-pin, 16GB microSD, tapak dan skru untuk lekat di dinding dan juga manual.

Beli CCTV Rumah Terbaik Jenama TAPO C210 Dengan Harga Bawah RM150

Aku beli TAPO C210 ini secara online melalui aplikasi Shopee. Seller iBeli adalah antara seller yang menawarkan TAPO C210 dengan harga paling murah dan berbaloi. Dengan harga RM135 anda boleh dapatkan sebuah cctv bersama-sama kad microSD 16GB secara percuma. Jika berminat, boleh klik link dibawah

BELI TAPO C210 DISINI/button

Untuk seller lain, anda juga boleh beli CPlus Digital, seller produk TP-Link sendiri, Monodigital atau di All IT

CCTV Rumah Terbaik Untuk Tahun 2021

Tetapi jika anda inginkan CCTV Rumah daripada jenama lain dan pastinya terbaik untuk tahun 2021 ini, anda boleh tengok senarai dibawah. Klik padanya untuk ketahui lebih lanjut

  1. CCTV SriHome 3MP Super HD [Link] [Link]
  2. GOQ Q6 Wifi CCTV [Link] [Link]
  3. Xioami Mijia Mi Home CCTV [Link] [Link]
  4. SriCam 360 Degree CCTV [Link] [Link]
  5. Realme Smar Cam CCTV [Link] [Link]

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post