Tonton Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3 & Viu Malaysia

Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3 & Viu Malaysia

Drama Perisik Cinta Tak Diundang merupakan sebuah drama melayu tempatan terbaru tahun 2021 yang akan mula ditayangkan pada 21 September ini di slot Akasia TV3 beserta platform penstriman Viu Malaysia.

Ianya akan menggantikan drama Shah Alam 40000 yang akan bersiaran untuk 20 episod. Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Perisik Cinta Tak Diundang karya Puteri Aqish terbitan tahun 2018. Anda boleh dapatkan novel ini secara online di halama Shopee

Judul : Perisik Cinta Tak Diundang
Episod : 12
Tayangan : Slot Akasia TV3 & Viu Malaysia
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : OrangeTree Production Sdn. Bhd
Pelakon: Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Esma Daniel, Shamsul Ghau Ghau, Bella Astillah, Wani Kayrie, Salina Saibi, Fazlina Ahmad Daud, Norish Karman, Amanda Misbun, Dynas Mokhtar

  • Andi Bernadee sebagai NIYAZ
  • Shiha Zikir sebagai MEDINA
  • Hafidz Roshdi sebagai FIRAS
  • Bella Astillah sebagai ERIANNA
  • Wani Kayrie sebagai ANIDA
  • Salina Saibi sebagai HANIM
  • Esma Daniel sebagai TUAN MUHSIN

Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3 & Viu Malaysia

OST Drama

Lagu : Bebas
Penyanyi : Sissy Iman
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King

Lagu : AEWO
Penyanyi : Shiha Zikir ft. Noki
Komposer : Ezra Kong
Lirik : Ezra Kong & Noki

Sinopsis Drama Perisik Cinta Tak Diundang

MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.

“Nak tanya sikit boleh?” Niyaz bersuara usai Medina makan. “Nak tanya apa?” “Ermm, dah pandai jatuh cinta kat saya kan?” Dush! Satu soalan yang betul-betul buat wajah Medina macam kena simbah dengan sebaldi ketulan ais. Lagi-lagi Niyaz dah mula merenung tenang sambil buat muka yang memang boleh meluruhkan jantung sang wanita. Dengan mata yang sengaja diredupkan, argh! Tak habis-habis nak goda dia dengan mata tu!

Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3 & Viu Malaysia

RUMAH TANGGA mana yang tidak diuji saat orang ketiga datang menghantui? “Aku tak minta untuk cintai suami orang apatah lagi lelaki itu, Niyaz. Tak mungkin aku sengaja nak humban diri dalam masalah macam ni.” - Erianna

“Tolong jangan cabar mata dan hati I dengan perangai tak bermaruah you. Mulai saat ni, I tak kan berdiam diri, berdiri dan tengok perangai busuk you.” - Medina “Hati sayang abang pegang dalam doa supaya kita sama-sama dekat dan terus bersama.” – Niyaz

MAMPUKAH mereka pertahankan pendirian masing-masing?

Waktu Tayangan

Drama Perisik Cinta Tak Diundang akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 bermula 21 September ini. Ianya juga akan ditayangkan di Viu Malaysia sejurus selepas habis tayangan di tv; 8 malam

Tonton Semua Episod Perisik Cinta Tak Diundang

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post