Jadual Dan Keputusan Penuh Siaran Langsung Kejohanan BWF HYLO Open 2021

Jadual Siaran Langsung Kejohanan HYLO Open 2021

Nampaknya back-to-back kejohanan untuk beberapa pemain badminton Malaysia selepas Denmark Open dan French Open sebelum ini. Kali ini mereka akan sertai kejohanan BWF HYLO Open 2021 bermula 2 November di Saabrucken, Germany.

Terbuka HYLO (Germany Open) kali ini merupakan nama baru kejohanan badminton bagi SaarLorLux Open sebelum ini dan kini sudah dinaiktaraf tahap kejohanan daripada Super 100 kepada Super 500.

HYLO Open 2021 menawarkan hadiah wang tunai sehingga USD320,000 (~RM1.3 juta) secara keseluruhan daripada pusingan 32, 16, suku akhir, separuh akhir sehiggan peringkat akhir.

Antara 20 pemain Malaysia yang sertai kejohanan HYLO Open kali ini ialah

Perseorangan Lelaki (MS)

  • LEE Zii Jia
  • LIEW Daren*

Beregu Lelaki (MD)

  • GOH V Shem-LOW Juan Shen*
  • ONG Yew Sin-TEO Ee Yi*
  • TAN Kian Meng-TAN Wee Kiong*

Beregu Wanita (WD)

  • Vivian HOO-LIM Chiew Sien*

Beregu Campuran (XD)

  • HOO Pang Ron-CHEAH Yee See
  • CHEN Tan Jie-PECK Yen Wei
  • CHAN Peng Soon-GOH Liu Ying*
  • GOH Soon Huat-LAI Shevon Jemie*
  • TAN Kian Meng-LAI Pei Jing*

*Pemain bebas

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Kejohanan BWF HYLO Open 2021 (Pemain Malaysia)

Perlawanan akan berlangsung selama 5 hari bermula 2 November hingga 7 November 2021 di Saarlandhadlee, Saabrucken, Jerman.

Untuk peminat badminton tanah air, siaran langsung kejohanan HYLO Open ini hanya akan disiarkan bermula pada peringkat Suku Akhir iaitu pada hari Jumaat di saluran Astro Supersport 4 (CH 814) dan Astro Go.

Selain itu, anda boleh strim secara online menerusi website https://hylo-open.de/livestream secara percuma.

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan perlawanan yang melibatkan pemain Malaysia.

2 November 2021 (Pusingan Pertama) - Round 32

*Perlawanan akan bermula jam 10 pagi waktu tempatan atau 5 petang waktu Malaysia

LEE Cheuk Yiu [7] (HKG) - MS
[21-17, 22-20]
LIEW Daren (MAS)

CHAN Peng Soon [4]-GOH Liu Ying (MAS) - XD
[20-22, 21-15, 16-21]
Mikkel MIKKELSEN-Rikke SØBY (DEN)

Ruben JILLE-Cheryl SEINEN (NED) - XD
[14-21, 15-21]
GOH Soon Huat-LAI Shevon Jemie (MAS)

Oliver LEYDON-DAVIS-Anona PAK (NZL) - XD
[15-21, 15-21]
HOO Pang Ron-CHEAH Yee See (MAS)

3 November 2021 (Pusingan Pertama) - Round 32

*Perlawanan akan bermula jam 9 pagi waktu tempatan atau 4 petang waktu Malaysia

Alexandra BØJE-Mette POULSEN (DEN) - WD
[23-21, 18-21, 17-21]
Vivian HOO-LIM Chiew Sien (MAS)

Supak JOMKOH-Supissara PAEWSAMPRAN (THA) - XD
[21-16, 21-17]
TAN Kian Meng [8]-LAI Pei Jing (MAS)

Leo Rolly CARNANDO-Daniel MARTHIN (INA) - MD
[21-12, 21-19]
ONG Yew Sin [5]-TEO Ee Yi

GOH V Shem-LOW Juan Shen (MAS) - MD
[21-19, 19-21, 15-21]
LU Ching Yao [8]-YANG Po Han (TPE)

Pablo ABIAN (ESP) - MS
[11-21, 23-21, 22-24]
LEE Zii Jia [2] (MAS)

LEE Jhe-Huei-HSU Ya Ching (TPE) - XD
[21-18, 14-21, 14-21]
CHEN Tang Jie-PECK Yen Wei (MAS)

TAN Kian Meng-TAN Wee Kiong (MAS) - MD
[21-10, 21-15]
Takuto INOUE-Kenya MITSUHASHI (JPN)

4 November 2021 (Pusingan Kedua) - Round 16

*Perlawanan akan bermula jam 9.30 pagi waktu tempatan atau 4.30 petang waktu Malaysia

Dechapol PUAVARANUKROH [1]-Sapsiree TAERATTANACHAI (THA) - XD
[21-10, 21-19]
HOO Pang Ron-CHEAH Yee See (MAS)

GOH Soon Huat-LAI Shevon Jemie (MAS) - XD
[14-21, 15-21]
Niclas NOHR-Amalie MAGELUND (DEN)

Nhat NGUYEN (IRL) - MS
[20-22, 16-21]
(LEE Zii Jia [2] (MAS)

CHEN Tang Jie-PECK Yen Wei (MAS) - XD
[18-21, 21-11, 21-14]
Marcus ELLIS [3]-Lauren SMITH (ENG)

Vivian HOO-LIM Chiew Sien (MAS) - WD
[8-21, 6-21]
Puttita SUPAJIRAKUL [5]-Sapsiree TAERATTANACHAI (THA)

TAN Kian Meng-TAN Wee Kiong (MAS) - MD
[14-21, 18-21]
Mohammad AHSAN [2]-Hendra SETIAWAN (INA)

5 November 2021 (Suku Akhir)

*Perlawanan akan bermula jam 12.00 tengah hari waktu tempatan atau 7.00 malam waktu Malaysia (Saksikan secara langsung di Astro Supersport CH 814)

Kantaphon WANGCHAROEN [8] (THA) - MS
[13-21, 20-22]
LEE Zii Jia [2] (MAS)

Supak-JOMKOH-Supissara PAEWSAMPRAN (THA) - XD
[21-18, 21-13]
CHEN Tang Jie-PECK Yen Wei (MAS)

6 November 2021 (Separuh Akhir)

*Perlawanan akan bermula jam 8.00 malam. Saksikan satu-satunya wakil negara yang masih meneruskan cabaran

KIDAMBI-Srikanth [6] (IND) - MS
[19-21, 20-22]
LEE Zii Jia [2] (MAS)

7 November 2021 (Akhir)

*Perlawanan bermula jam 8.00 malam waktu Malaysia

Chisato HOSHI-Aoi MATSUDA (JPN) - WD
[22-20, 21-18]
Rin IWANAGA-Kie NAKANISHI (JPN)

Marcus Fernaldi GIDEON [1]-Kevin Sanjaya SUKAMULJO (INA) - MD
[21-14, 21-19]
Leo Rolly CARNANDO-Daniel MARTHIN (INA)

YEO Jia Min (SIN) - WS
[10-21, 14-21]
Busanan ONGBAMRUNGPHAN [5] (THA)

Dechapol PUAVARANUKROH [1]-Sapsiree TAERATTANACHAI (THA) - XD
[22-20, 21-14]
Praveen JORDAN [2]-Melati Daeva OKTAVIANTI (INA)

LOH Kean Yew (SIN) - MS
[19-21, 21-13, 17-12*]

LEE Zii Jia [2] (MAS)

Anda boleh dapatkan keputusan bagi lain-lain perlawanan di laman web BWF untuk kejohanan HYLO Open 2021.

Semoga ada pemain Malaysia yang menjuarai mana-mana kategori untuk kejohanan kali ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post