10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

Nampaknya sekarang sudah sampai trend minuman Kopi pula. Setiap kedai pastinya menawarkan kopi yang menarik dan paling sedap. Tidak terlepas juga di daerah Temerloh.

Secara jujurnya aku tidak lah minat dan obses kepada minuman kopi ni. Jadi kalau kopi tu sedap, aku cakap sedap atau sebaliknya.

Jadi di Temerloh ni, aku perasan trend kopi ni semakin menarik apabila sudah banyak peniaga tempatan cuba mengeluarkan jenama kopi sendiri disamping marketing yang kreatif dan pelbagai.

Disebabkan itulah, aku sempat mencuba beberapa jenama kopi anak tempatan di Temerloh ini hanya sekadar untuk rasa. Untuk bagi review, aku bukanlah orang yang sebenarnya.

Jadi disini, aku nak kongsilah 10 kedai kopi yang patut anda cuba yang ada di Temerloh, Pahang ni. Untuk orang Temerloh, aokme kena cuba sendiri dan untuk orang luar, kalau datang, boleh la singgah untuk support.

Selain cari ikan patin dan tempat makan menarik di Temerloh, datang la dan cuba kopi terbaik di Temerloh juga.

Senarai 10 Kedai Kopi Viral Yang Anda Patut Cuba Yang Ada Di Temerloh

Kesemua kedai kopi dalam ini mereka mengfokuskan kepada minuman kopi untuk menu utama mereka. Berbanding di kedai-kedai lain, mereka masih menawarkan menu air kopi tetapi bukanlah yang utama.

Dalam senarai ini juga ada yang aku pernah cuba dan tidak. Tetapi aku kumpulkan dan kongsikan antara yang unik, menarik, sedap berdasarkan perkongsian orang ramai

1.  Empat Petang

Antara jenama kopi tempatan yang paling kreatif dalam marketing. Presentation simple tetapi sangat menarik. Manakan tidak, hampir setiap platform media sosial mereka ada. Walaupun mereka hanya beroperasi di rumah sahaja iaitu di Taman Temerloh Jaya

Selain pembelian terus di premis, mereka juga menawarkan pembelian secara online melalui website (www.empatpetang.com), foodpanda, grab dan juga COD untuk yang berdekatan. Erti kata lain, seluruh Malaysia boleh cuba Kopi Empat Petang. (facebook)

Antara menu yang ditawarkan seperti Kopi Susu Latte - Klasik, Salted Caramel, Gula Kabung, Vanilla dan Roasted Hazelnut. Untuk yang sukakan kopi hitam klasik, mereka ada jual Americano dan kesemuanya dijual secara botol.

Aku pernah rasa Salted Caramel dan rasanya cukup pekat. Bagi yang suka, mungkin ini sesuai untuk anda. Katanya terkenal seluruh Malaysia jenama kopi ni.

2.  Pondok Kopi (Kopi Vietnam)

Peminat Kopi Vietnam kini lagi tidak perlu terfikir-fikir untuk fly ke Saigon, tak perlu fly ke Ho Chi Minh, kerana Pondok Kopi telah bawakan kopi vietnam untuk anda khas bagi orang Temerloh.

Lokasi kedai mereka adalah berhadapan dengan Petronas Taman Setia Jasa. Mereka beroperasi setiap hari bermula 11 pagi hingga 6 petang.

Jadi peminat kopi vietnam, tak perlu gi jauh-jauh dah. Datang je sini dan nikmati kopi mereka seperti anda berada di Ho Chi Minh.

3.  Kopi Pak Jamil Ikat Tepi

Kopi Pak Jamil Ikat Tepi Temerloh

Rasanya antara port kedai kopi paling viral di Temerloh yang terletak berhampiran HOSHAS di Seberang Temerloh. Selain Kopi Pak Jamil, ada juga menu kerang sebagai menu utama kedai ni.

Bungkusan kopi ini biasanya ikat tepi yang katanya dibungkus cara orang dulu-dulu tapi dibancuh dengan cara sekarang-sekarang. Air utama pastinya Kopi Susu Paki Jamil la. Anda kena cuba.

Kalau lapar, pekena kerang danok dengan rasa pedas dan masam. Memang padu la. Beroperasi setiap hari kecuali hari jumaat, 11 pagi hingga 6 petang. Boleh tengok kat facebook Kopi Pak Jamil Ikat Tepi.

4.  Kopi Hainan (Temerloh Jaya / Pekan Awah )

kopi hainan temerloh

Antara underrated kopi dalam senarai kopi terbaik di Temerloh. Terdapat 2 lokasi di Temerloh iaitu Pekan Awah berdekatan dengan klinik kesihatan dan satu lagi di tapak MPT Temerloh Jaya.

Jika di Temerloh Jaya, setakat ini ada menu Kopi Hainan dan Signature Premium je. Kalau di Pekan Awah tambah menu Mocha Dezzle.

Rasa Kopi Hainan tu sedap teruk weh. Tak pekat sangat pun. Memang rasa kopi susu mantap beb. Rasa tak cukup je minum sebekas. Harga RM3 sahaja. Ini anda kena cuba.

5.  Kopi Ayaq Che-Bek

Kopi Ayaq Che-Bek Temerloh

Kedai kopi antara yang mengenakan bungkusan sedikit lain daripada kedai yang lain. Nak kata ikat penuh pun tidak, ikan tepi pun tidak.

Kedai Kopi Ayaq Che-Bek berada di belakang McDonals Temerloh dan bersebelahan dengan Restoren Anita. Kedai kecik je, tapi dapat sambutan dari orang ramai juga. Support anak muda.

6.  Awe Kopi

Awe Kopi

Awe Kopi juga antara yang beroperasi dari rumah sahaja. Lokasinya adalah di Taman Temerloh Jaya. Jangan risau, ada servis COD yang disediakan oleh pihak mereka.

Kopi ni special sikit bila ianya mampu tahan sejuk sehingga 4 ke 5 jam dan bungkusannya macam dulu-dulu. Letak dalam plastik kertas. Selain daripada menu kopi, ada juga perisa air lain.

7.  Kopi Gantung Viral Perlis

Kopi Gantung Viral Perlis

Setakat yang aku pernah rasa di Temerloh, Kopi Gantung Viral Perlis ni paling sedap, padu dan memuaskan selepas kopi hainan. Bila anda order ikat tepi, anda diberi kopi 2 layer dimana susunya dibawah. Jadi kena kacau la sikit.

Setakat ini, ianya dibuka di lokasi berdekatan dengan sekolah ABS atau belakang BHPetrol Temerloh. Dengan harga RM4, anda kena cuba juga sekali. Boleh drive-thru juga.

Sebab ianya cawangan Kopi Gantung Viral Perlis, dah banyak lokasi yang ada terutamanya di Pahang ni. Boleh tengok senarai lokasi di facebook Kopi Gantung Viral Perlis.

8.  Kopi Ais Mamu Ikat Tepi Mentakab

Kopi Ais Mamu Ikat Tepi Mentakab

Ni satu lagi kopi dengan trademark ikat tepi tetapi lokasinya di Mentakab. Jangan risau, masih dalam daerah Temerloh tapi jauh sikit dari Bandar Temerloh.

Rasanya di Mentakab, antara kedai kopi yang paling dapat sambutan ni adalah Kopi Ais Mamu ni lah. Terdapat menu air kopi, green tea, coklat dan nescafe. Juga boleh tambah boba atau cincau. Lokasi di Taman Tualang Indah

9.  Koirista Kopi

Koirista Kopi

Kedai Koirista Kopi ini baru sahaja beroperasi. Ianya berada di Clash Gida. Makna lepas ni, kalau datang lepak Clash Gida, boleh rasa kopi yang di brew dengan kasih sayang la. Lokasi belakang TF Temerloh

10.  Coffee Classic Temerloh

Coffee Classic Temerloh

Senarai terakhir kedai kopi terbaik yang anda kena cuba di Temerloh adalah di Coffee Classic Temerloh. Beroperasi setiap hari kecuali isnin dan kedai berdekatan dengan HOSHAS.

Terdapat pelbagai menu seperti Americano, Mocha, Latte, Chocolate dan Strawberry pun ada yang tidak gemar akan rasa kopi.

Jadi orang Temerloh atau yang ingin datang Temerloh, jangan lepaskan peluang untuk merasai kopi local yang ada di Temerloh yang pastinya memberikan rasa yang terbaik untuk semua.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh"

Comment Author Avatar
terliurnya saya tengok semua kopi-kopi tu!
Comment Author Avatar
kopi adalah minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia...

tiada sesiapa yang dapat menafikan hakikat tersebut.

saya juga suka kopi tetapi kopi yang berkhasiat sahaja