Janna Nick Bintang Paling Popular Berita Harian Dan Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 34

senarai pemenang janna nick bintang paling popular berita harian 34

Tahniah kepada Janna Nick apabila telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian, ABPBH 34 sekali gus membawa pulang sebuah trofi, kereta dan telefon daripada Xiaomi.

Malam kumuncak ABPBH telah diadakan secara langsung tanpa kehadiran penonton seperti edisi sebelumnya disebabkan pandemik Covid-19 yang juga membawa tema #KITABERSAMA bagi melawan virus tersebut.

Malam anugerah itu juga boleh disaksikan menerusi saluran TV3, laman Tonton, Youtube TV3 dan BH, Tiktok dan laman web ABPBH di www.abpbh.com.my. Macam-macam kita dapat lihat malam tersebut, ada aquarium, ikan paus, rumput-rumput dan macam-macam lagi kan.

Ianya juga turut dimeriahkan oleh barisan penyampai trofi yang terdiri daripada selebriti, petugas barisan hadapan dan atlet sukan. Manakala Sherry Alhadah sebagai hos utama.

Tidak cukup dengan itu, ramai barisan artis yang membuat persembahan malam tersebut seperti Haqiem Rusli, Kaka, Ella, Zizi Kirana, Fauziah Latiff, Aina Abdul, Man Kidal, Datuk Zainal Abidin, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Senarai Penuh Pemenang Bagi Setiap Kategori ABPBH 34 Tahun 2021

Untuk edisi ke-3, terdapat 14 kategori utama dan 6 kategori online yang dipertandingkan dan undian telah pun dibuka sebelum ini bermula 10 hingga 31 Oktober 2021. Ianya seratus peratus bergantung kepada undian orang ramai.

Bintang Paling Popular - Janna Nick (86 juta undian)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Hajah Habsah Hassan

⏵Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular - Dinie Rashid

Artis Baharu Wanita Popular - Dolla

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi - Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi - Siti Nordiana

Pelakon Filem Lelaki Popular - Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular - Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular - Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular - Siti Saleha

Artis Versatil Popular - Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Aina Abdul & Khai Bahar - Nafas Cinta

Artis Komedi Popular - Asif Suhaimi

Penyampai Radio Popular - DJ Lin

Pengacara TV Popular - Janna Nick

Watak Animasi Popular - Ejen Ali

⏵Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular - Kamal Adli & Uqasha Senrose - Perempuan Tanpa Dosa

Gandingan Serasi Filem Popular - Wanna Ali & PU Ariz - Ada Apa Dengan Dosa

Watak Antagonis Popular - Liza Abdullah - 7 Hari Mencintaiku 2

YouTuber Popular - Aqil Zulkifliee

⏵Kategori Istimewa (TikTok)

Artis TikTok Popular - Khai Bahar

Anugerah FANtastik Popular - Siti Nordiana FC

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post