Senarai Pemain Yang Layak Ke Kejohanan BWF World Tour Final 2021

Senarai Pemain Badminton Yang Layak Ke Kejohanan BWF World Tour Final 2021

Siri kejohanan badminton BWF akan berakhir dengan satu pertandingan terakhir iaitu BWF World Tour Final dan untuk tahun 2021 ini ianya akan berlangsung pada 1 hingga 5 Disember 2021.

Sepertinya kejohanan sebelumnya, HSBC BWF World Tour Final 2021 juga akan berlangsung di Bali, Indonesia dan ianya juga antara 3 kejohanan yang tersenarai dalam Festival Badminton Indonesia termasuk Indonesia Open dan Indonesia Masters sebelum ini.

Kejohanan ini adalah acara tahunan yang berlangsung dalam semua siri kejohanan BWF dimana ianya akan diadakan pada bulan Disember setiap tahun dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD1,500,000 (~RM6.2 juta)

Tournament ini berbeza dengan kejohanan yang lain apabila penyertaan adalah berdasarkan mata ranking BWF yang dikutip sepanjangan siri jelajah dunia untuk tahun 2021.

Mata hanya dikira bagi kejohanan yang berstatus 'World Tour' (Super 1000, 750, 500, 300 dan 100) dan untuk tahun 2021 ini, sebanyak 9 kejohanan yang dapat berlangsung iaitu Swiss Open, All England Open, Orleans Masters, Spains Masters, Denmark Open, French Open, Hylo Open, Indonesia Masters dan Indonesia Open.

Syarat Layak Ke Kejohanan BWF World Tour Finals 2021

Setiap pemain badminton perlu mengumpul mata dalam setiap kejohanan BWF untuk meletakkan diri dalam kedudukan 8 terbaik (Top 8) dalam ranking untuk setiap kategori.

Selain itu, pemain atau pasangan regu wajib sertai salah satu kejohanan terakhir di Indonesia (Masters/Open) dan setiap kategori yang boleh disertai maksimum 2 wakil sahaja bagi setiap negara.

Senarai Pemain/Pasangan Yang Layak Ke BWF World Tour Finals 2021

Berikut merupakan senarai pemain dan pasangan regu yang sudah layak untuk menyertai kejohanan BWF World Tour 2021 pada 1-5 Disember 2021 ini

Perseorangan Lelaki

  1. LEE Zii Jia (MAS)
  2. Viktor Axelsen (DEN) (Olympic Wildcard)
  3. Kadambi Srikanth (IND)
  4. Toma Junior Popov (FRA)
  5. Lakshy Sen (IND)
  6. Kunlavut Vitidsarn (THA)
  7. Kento Momota (JPN)
  8. Rasmus Gemke (DEN)

Perseorangan Wanita

  1. Pornpawee Chochuwong (THA)
  2. Akane Yamaguchi (JPN)
  3. Busanan Ongbamrungphan (THA)
  4. Pusarla V. Sindhu (IND)
  5. Line Christophersen (DEN)
  6. An Se Young (KOR)
  7. Lianne Tan (GER)
  8. Yeo Jia Min (SIN)

Beregu Lelaki

  1. Lee Yang/Wang Chi-Lin (TPE)
  2. Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo (INA)
  3. Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen (DEN)
  4. Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MAS)
  5. Takuro Hoki/Yugo Kobayashi (JPN)
  6. Christo Popov/Yoma Junior Popov (FRA)
  7. Pramudya Kusumawardana/Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan (INA)
  8. Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty (IND)

Beregu Wanita

  1. Greysia Polii/Apriyani Rahayu (INA) (Olympic Wildcard)
  2. Jongkolphan Kitithrakul/Rawinda Prajongjai (THA)
  3. Gabriela Stoeva/Stefani Stoeva (BUL)
  4. Pearly Tan/Thinaah Muralitharan (MAS)
  5. Chloe Birch/Lauren Smith (ENG)
  6. Nami Matsuyama/Chiharu Shida (JPN)
  7. Kim So Yeong/Kong Hee Yong (KOR)
  8. Ashwini Ponnappa/Reddy N. Sikki (IND)

Beregu Campuran

  1. Yuta Watanabe/Arisa Higashino (JPN)
  2. Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai (THA)
  3. Marcus Ellis/Lauren Smith (ENG)
  4. Mathias Christiansen/Alexandra Bøje (DEN)
  5. Praven Jordan/Melati Daeva Oktavianti (INA)
  6. Tang Chun Man/Tse Ying Suet (HKG)
  7. Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS)
  8. Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS)

BACA : Jadual Perlawanan Siaran Langsung BWF World Tour Finals 2021

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post