Saksikan Drama Bersiri Oh My Hantaran Di TV9 (Slot Diandra)

saksikan drama oh my hantaran slot diandra tv9

Berita baik buat semua penonton setia slot Diandra TV9 kerana drama Oh My Hantaran akan memulakan tayangannya bermula malam ini, 29 Disember 2021.

Oh My Hantaran terbitan Tanah Beris Film Production yang menggantikan drama Mr Millennium menampilkan gandingan terbaru penyanyi rap kumpulan K-Clique, Noki dan MK bersama Elisya Sandha sebagai watak utama.

Biasa anda dengar atau lihat persembahan penyanyi rap tersebut beraksi di atas pentas dengan gaya nyanyian dan kali ini mereka bergandingan dalam sebuah drama komedi pula.

Episod : 20
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : MF Kencana
Produksi : Tanah Beris Film Production

saksikan drama oh my hantaran slot diandra tv9

Pelakon Dan Watak

Pelakon utama dalam drama ini ialah Noki K-Clique, Elisya Sandha dan MK K-Clique. Turut juga menampilkan Anna Jobling, Alif Hadi, Syazlin Zainal, Haziq Haiqal, Syarafi Sudarmaji, Faizal Hussein, Kak Girl, Rosli Rahman Adam dan ramai lagi.

  • Noki K-Clique sebagai MAIL
  • Elisya Sandha sebagai MIRA
  • MK K-Clique sebagai RIZAL
  • Anna Jobling sebagai ALIA
  • Alif Hadi sebagai EMI
  • Syazlin Zainal sebagai SYIKIN
  • Syarafi Sudarmaji sebagai FARISH

OST Drama

Judul : Payung Pelangi
Penyanyi : Noki (feat MK K-Clique)
Komposer : Noki K-Clique & MK K-Clique
Lirik : Noki K-Clique & MK K-Clique

Sinopsi Drama Oh My Hantaran

Oh My Hantaran mengisahkan Mira (lakonan Elisya Sandha) yang merupakan gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang rajin bekerja bersama Pak Hassan yang telah dianggap sebagai ayah.

Walaupun mereka saling menyayangi, namun hubungan mereka tidak direstui oleh Ayahnya iaitu Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). Ini kerana, ayahnya berharap Mira akan berkahwin dengan anak ketua kampung iaitu Rizal (MK K-Clique).

Manakan tidak, Rizal seorang anak orang kaya yang bakal mewarisi tanah dan perniagaan bapanya malahan berkelulusan ijazah universiti lagi. Namun begitu, sebenarnya Rizal adalah seorang gangster kampung yang berlagak baik di depan orang tua.

Penceritaan bermula apabila Encik Sabri bersetuju menerima Mail sebagai menantu dan berkahwin dengan Mira tetapi Mail perlu menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dan masa sebulan. Oleh itu, Mail terus berusaha untuk mengumpul jumlah duit yang banyak itu dalam tempoh yang singkat demi memperisterikan Mira.

Mail sepertinya temui jalan buntu untuk mengumpul wang sebegitu banyak dalam tempoh yang singkat. Disebabkan itu, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur.

Ayahnya berjanji akan menolongnya, tetapi Mail perlu mendapatkan kembali wang ayahnya dari para penghutang. Dengan itu, ayahnya akan memberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan yang berjaya di kumpulkan.

Disinilah bermula cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam tempoh yang segera. Kerja yang dibuat ini, tidak dimaklumkan oleh Mira dan dilakukan tanpa pengetahuan bakal isterinya tersebut.

Jadi adakah akhirnya Mail akan berjaya mengumpul wang hantaran tersebut dan kecapi kebahagian bersama Mira? Atau adakah ianya akan jatuh ke tangan Rizal?

saksikan drama oh my hantaran slot diandra tv9

Waktu Bersiaran

Drama Oh My Hantaran akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam di slot Diandra TV9 bermula 29 Disember ini

Selain itu, anda juga boleh tonton menerusi Disney+ Hotstar untuk waktu yang lebih awal dalam hari yang sama. Anda boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post