Tonton Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini (Slot Samarinda TV3 & iQIYI)

drama saat kau takluk cinta ini samarinda tv3 dan iqiyi

Drama bagi slot Samarinda diteruskan lagi dengan Saat Kau Takluk Cinta ini yang akan mula bersiaran pada 20 Disember 2021 di saluran TV3 dan perkhidmatan penstriman iQIYI bagi menggantikan drama Cukup Derita Itu.

BACA : Tonton Drama Cukup Derita Itu Di TV3 Dan Aplikasi iQIYI

Saat Kau Takluk Cinta ini merupakan drama adaptasi daripada tajuk novel yang sama karya Sara Hezra merupakan terbitan Kembara Sufi Sdn. Bhd tahun 2019. Anda boleh dapatkan novel secara online DISINI.

Judul : Saat Kau Takluk Cinta Ini
Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3 & aplikasi iQIYI
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Eja Lorena
Penerbit : Jaja Ishak
Produksi : Kembara Suri Production

Barisan Pelakon Dan Watak

Drama ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Idris Khan, Intan Najuwa, Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Wafariena Roslan, Wan Maimunah, Zarynn Min, Edika Yusof, Jasmin Hamid, Raja Azmi, Raja Baizura, Aleza Shadan dan ramai lagi

  • Idris Khan sebagai RAHHAL
  • Intan Najuwa sebagai HAIRA
  • Syazwan Zulkifly sebagai FAKHRIL
  • Wafariena Roslan sebagai KAMELIA
  • Shakilla Khoriri sebagai KHADIJAH
  • Wan Maimunah sebagai HAJAH JAMIAH
  • Farhan Asri sebagai RAFAEL
  • Jasmin Hamid sebagai DATIN NORMAH

drama saat kau takluk cinta ini samarinda tv3 dan iqiyi

OST Drama

Judul : Takdir
Penyanyi : Aliff Iskandar
Komposer : Aliff Iskandar
Lirik : Aliff Iskandar & Jaja Ishak

Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini

Rahhal  yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.

Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.

Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.

Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.

Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam.

Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

drama saat kau takluk cinta ini samarinda tv3 dan iqiyi

Waktu Tayangan

Jangan terlepas untuk saksikan drama Saat Kau Takluk Cinta Ini yang bersiaran setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot samarinda tv3 bermula 20 Disember ini.

Jika terlepas, anda masih boleh saksikan secara online menerusi perkhidmatan penstriman iQIYI Malaysia selepas habis tayangan di tv pada hari yang sama khusus untuk pelanggan VIP. Tayangan percuma selepas 48 jam.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

  1. amboi tajuk dia...takluk... unik betul tajuk novel dan drama zaman sekarang

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post