(Kemaskini : Kini Dibuka) GSC Mentakab Star Mall Ditutup Mulai 21 Disember Ini Disebabkan Banjir

GSC Mentakab Star Mall Ditutup Mulai 21 Disember Ini Disebabkan Banjir

Nampaknya bencana banjir kini terarah ke beberapa kawasan di Temerloh pula selepas 2-3 hari yang lepas Selangor derita dengan bencana ini.

Sehingga 20 Disember, sepertinya tiada lagi hujan yang turun seperti hari-hari sebelumnya, tetapi trend kenaikan paras air sungai kini terus meningkat.

Disebabkan itulah, antara kawasan yang terawal dilanda bencana banjir ini adalah di bandar Mentakab.

Nampaknya kejadian awal tahun 2021 dimana banjir besar di bandar tersebut berulang kembali apabila sekali lagi bandar tersebut tenggelam dengan air banjir.

Disebabkan itulah hampir semua premis yang terkesan telah memindahkan barang lebih awal bagi mengelakkan sekali lagi kerugian atas kesan bencana ini.

Dengan itu juga, GSC Mentakab Star Mall telah membuat keputusan untuk menutup panggung wayang tersebut mulai 21 Disember 2021 iaitu hari selasa ini sehingga waktu yang diberitahu kelak

Sebelum ini, pihak GSC ada memaklumkan sekiranya kawasan anda berlaku banjir, anda boleh buat refund tiket anda.

Anda perlu emel butiran tiket yang anda beli di cs@gsc.com.my dan proses tersebut akan mengambil masa 14 hari.

KEMASKINI TERBARU!!!

GSC Mentakab Star Mall akan dibuka semula bermula 25 Disember 2021 (Sabtu) yang sebelum ini ditutup akibat berlaku bencana banjir di bandar Mentakab

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post