Jadual & Keputusan Perlawanan Piala AFF B-23 2022 Phnom Penh, Kemboja

Jadual Perlawanan Piala AFF B-23 Tahun 2022 Phnom Penh, Kemboja

Selepas skuad kebangsaan beraksi di Piala Suzuki AFF 2020 baru-baru ini, kali ini skuad Harimau Muda B-23 pula akan sertai Kejuaraan B-23 AFF 2022.

Skuad kendalian Brad Maloney itu akan beraksi pada saingan Kejuaraan B-23 AFF 2022 yang dijadual berlangsung di Phnom Penh, Kemboja bermula 14 hingga 26 Februari 2022.

Piala AFF bakal menampilkan skuad bola sepak kebangsaan daripada Asia Tenggara. Bagi edisi kali ini, sebanyak 11 pasukan yang menurut serta iaitu Kemboja, Timor Leste, Filipina, Brunei, Indonesia, Myanmbar, Laos, Thailand, Vietnam, Singapura dan Malaysia.

Senarai 28 pemain Harimau Malaysia B-23 bagi kejohanan kali ini

pemain Harimau Malaysia B-23

Kumpulan & Keputusan Undian

Pengundian telah dibuat pada Disember 2021 yang lalu dan edisi kali ini bakal menampilkan 3 kumpulan dengan 11 penyertaan.

Berdasarkan format, hanya 3 pasukan yang muncul juara bagi setiap kumpulan bersama-sama 1 pasukan terbaik di tempat kedua kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.

Berikut merupakan senarai pasukan dalam setiap kumpulan

Kumpulan A - Kemboja, Timor Leste, Filipina, Brunei

Kumpulan B - *Indonesia, Malaysia, *Myanmar, Laos

Kumpulan C - Thailand, Vietnam, Singapura

*Indonesia dan Myanmar telah menarik diri daripada kejohanan ini

keputusan undian dan kumpulan kejuaraan b-23 aff 2022 kemboja

Jadual Perlawanan Kejuaraan B-23 AFF 2022

Untuk AFF U23 Championshipe 2022 kali ini dijadual berlangsung di Stadium Morodok Techo dan Stadium Prince di Phnom Penh untuk tempoh 13 hari.

Siaran langsung akan dibawakan menerusi saluran TV9 bagi setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia. Selain itu, juga menerusi Astro Arena 2 saluran 802 dan Astro Go.

Berikut merupakan jadual dan keputusan bagi setiap perlawanan perlawanan

14 FEBRUARI 2022

  • Timor Leste (2) - (2) Filipina
  • Kemboja (6) - (0) Brunei

15 FEBRUARI 2022

  • Malaysia VS Myanmar (5.00 PM, MY) *dibatalkan ekoran Myanmar menarik diri
  • Indonesia VS Laos

16 FEBRUARI 2022

  • Thailand (3) - (1) Singapura

17 FEBRUARI 2022

  • Brunei (1) - (3) Timor Leste
  • Filipina (0) - (1) Kemboja

18 FEBRUARI 2022

  • Laos (1) - (1) Malaysia (5.00 PM, MY)
    • Selvan Anbualagan 45'
    • B. Bounkong 55' | P. Somsanid 78'
  • Myanmar VS Indonesia

19 FEBRUARI 2022

  • Singapura (0) - (7) Vietnam

20 FEBRUARI 2022

  • Kemboja (0) - (1) Timor Leste
  • Filipina (2) - (1) Brunei

21 FEBRUARI 2022

  • Indonesia VS Malaysia (8.00 PM, MY)
  • Myanmar VS Laos
  • Malaysia (0) - (2) Laos (8.00 PM, MY)

22 FEBRUARI 2022

  • Vietnam (1) - (0) Thailand

24 FEBRUARI 2022 (SEPARUH AKHIR)

  • Laos (0) - (2) Thailand
  • Timor Leste (0) [3] - *[5] (0) Vietnam

26 FEBRUARI 2022 (FINAL & Tempat Ke-3)

*Timor Leste - Laos (Tempat Ke-3)
*menang kerana Laos tarik diri

Thailand (0) - (1) Vietnam (Final)

Juara - Vietnam
Naib Juara - Thailand
Tempat Ke-3 - Timor Leste

*Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Untuk dapatkan keputusan penuh dan statistik bagi setiap perlawanan, anda boleh layari laman web rasmi ASEAN Football Federation di www.aseanfootball.org

Pasukan manakah yang bakal membawa gelaran juara untuk edisi kali ini? Sama-sama kita nantikan...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post