Resepi Oden Ala Family Mart Menggunakan Perencah Adabi

Cara masak Oden Family Mart guna perencah Adabi

Kita biasa dengar kalau Oden sahaja dikaitkan dengan Family Mart. Sebenarnya boleh sahaja hasilkan kuah Oden yang boleh buat dirumah sahaja dengan menggunakan perencah Adabi sahaja.

Minggu lepas sebab nak sambut Hari Jadi dan decide untuk makan ramai-ramai tetapi dengan juadah yang mudah dan banyak, jadi buat keputusan masak Oden sahaja.

Penyediaan yang mudah dan cepat, barangan yang tidak terlalu mahal dan yang paling penting boleh makan ramai-ramai dalam satu masa.

Daripada beli Oden di Family Mart, baik sediakan sahaja sendiri. Resepinya juga cukup mudah dan paling penting ada bahan masakan dan juga perencah Oden yang aku guna adalah jenama Adabi sahaja.

Resepi Dan Cara Masak Oden Ala Family Mart Menggunakan Perencah Adabi

Jika sebelum ini, aku pernah gunakan perencah Cekyana Odeen Viral, tapi kali ini dengan harga yang lebih murah dengan rasa yang sama, gunakan pula perencah Oden Adabi.

Perencah Oden Adabi Tomyam ini sesuai disediakan dengan kuantiti air sebanyak 1 liter. Jadi kalau bahan anda banyak, boleh la beli lebih perencah tersebut. Harga lebih kurang RM6 sahaja.

BACA : Sedap Weh! First Time Makan Oden Dengan Odeen Viral Cekyana Pula Tu!

Bahan-Bahan

Antara bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat kuah oden ini seperti 

  • Perencah Adabi (Tomyam) - Beli sini 
  • Campuran makanan laut seperti bebola ikan, fishball berperisan Salmon, Bebola Ketam, Tauhu Ikan dan banyak lagi - Beli sini
  • Meggi 2 bungkus - Beli sini
  • Air 1 liter masak

Cara masak Oden Family Mart guna perencah Adabi

Cara Masak

1)  Untuk masaknya sangat mudah, anda masukkan air 1 liter ke dalam kuali pemanas.

2)  Kemudian masukkan perencah oden dan biarkan selama 5 minit atau sehingga mendidih.

Cara masak Oden Family Mart guna perencah Adabi

3)  Lepas dah mendidih barulah masukkan campuran makanan laut tersebut dan megi. Biarkan bahan oden masak sehingga 4-5 minit atau bahan dan nampak kembang sikit.

Resepi Oden Family Mart guna perencah Adabi

4)  Dah naik bau dan rasa menyelerakan. Boleh la dihidangkan dan makan!

Oden Family Mart guna perencah Adabi

Tak sampai 10 minit dah boleh siap juada Oden ini dan boleh terus makan ramai-ramai.

Bagi aku, kalau makan Oden ni dengan keadaan cuaca sejuk, serius lagi sedap! Jadi kalau naik Cameron Highland ke, Genting Highland ke bawa la bahan-bahan ni dan masak kat sana.

1/Post a Comment/Comments

  1. tengok post ni, rasa macam nak pi beli oden family mart je.. malaih betul ekin nak buat sendiri.. huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post