Sedap Amat! Review Mangold Milkshare, Menu Baru Dari Tealive

Review Mangold Milkshare, Menu Bari Dari Tealive

Tealive memperkenalkan satu lagi siri minuman baru dan pastinya pembukaan untuk tahun 2022 ini iaitu minuman Mangold Series bersama Jelly dan Sago. Ianya adalah berasaskan buah mangga.

Gabungan mangga dan emas (gold) sepertinya merujuk kepada Tahun Baru Cina yang sinonim dengan emas kan. Jadi gabunglah menjadi Mangold.

Seperti biasa, ianya adalah menu baru untuk waktu terhad sahaja sama seperti menu sebelumnya Tealive Collab bersama Famous Amos. Menu tu dah takda, jadi diganti dengan minuman lain pula. Kalau bosan asyik minum bubble tea, boleh la cuba Mangold Series ini pula.

Review Menu Baru Tealive, Mango Milkshake

Untuk siri terbaru ini, Tealive memperkenalkan 4 jenis menuman yang pastinya semua berasaskan manga. Ianya terdiri daripada Mangold Tea, Mangold Shake, Mangold Organic Oat Milk dan Mangold Collagen Milkshake.

Review Mangold Milkshare, Menu Bari Dari Tealive

Untuk harganya pula, Mangold Tea berharga RM8.80 (R) dan RM9.90 (L), Mangold Milkshake RM10.90 (L), Mangold Organic Oat Milk, RM11.80 (R) dan RM12.90 (L) dan akhir sekali Mangold Collagen Milkshake iaitu berharga RM12.90 (L)

Jadi daripada 4 jenis minuman ini aku cuba Mangold Milkshake dengan harga RM10.90 yang hanya disediakan dalam satu saiz iaitu Large. Ianya gabungan antara pati mangga, susu, jelly dan sago sahaja.

Anda cadangakan korang beli baucer 1 sen di Shopee untuk dapatkan diskaun RM2 dengan pembayaran melalui Shopee. Korang boleh beli baucer DISINI. Jadi harga yang aku dapat selepas diskaun adalah RM8.90 sahaja.

Review Mangold Milkshare, Menu Bari Dari Tealive

Untuk rasa ianya sama seperti manga milkshake yang lain tetapi disediakan topping jelly dan sago rasa jadi sedap pula. Sebab sambil minum, boleh gigit sikit jelly tersebut. Jangan lupa untuk goncang terlebih dahulu.

Tak rasa terlalu manis atau terlalu masam pun. Just nice lagi-lagi bila mangga susu semua dah sebati lepas goncang.

Review Mangold Milkshare, Menu Bari Dari Tealive

Bagi aku sebenarnya ada 2 jenis sahaja air yang berbeza iaitu milkshake dan tea. Bagi oat dan collagen sepertinya adalah add-on untuk variasi milkshake. Jadi kalau korang berminat, boleh la cuba menu lain tersebut.

Jadi apa tunggu lagi, boleh la pergi cuba sekarang Mangold with Jelly & Sago di Tealive yang berhampiran dengan anda. Rasa nak cuba Mangold Tea pula. ermm

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post