Tonton Drama Shakira (Slot Akasia TV3)

tonton drama shakira di slot akasia tv3

Shakira merupakan drama siri terbaru pembuka tirai tahun 2022 bagi siaran TV3 yang bakal mengisi slot Akasia daripada drama sebelumnya Kisah Cinta Kita.

Selain daripada tayangan di televisyen, drama ini bakal disiarakan bermula 5 januari 2022 menerusi perkhidmatan penstriman iQIYI Malaysia dalam hari yang sama.

Drama terbitan Wiranusa Corporation ini bakal mengandingkan 3 pelakon utama popular Malaysia iaitu Janna Nick, Shukri Yahaya dan juga Khai Bahar.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 dan iQIYI Malaysia
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Zarihah Hassan dan Zuraida Ramli
Penerbit : Saiful Bahri Alias
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon yang membarisi drama Shakira ini seperti Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar, Syerinie Myra, Ramona Zamzam, Marisa Yasmin, Melissa Wafa, Edika Yusof dan ramai lagi

  • Janna Nick sebagai Shakira
  • Shukri Yahaya sebagai Amir
  • Khai Bahar sebagai Irdi
  • Syerinie Myra sebagai Anita
  • Ramona Zam Zam sebagai Kartimi
  • Marisa Yasmin sebagai Aida
  • Melissa Wafa sebagai Yanie
  • Wan Nor Azlin sebagai Kalsom

tonton drama shakira di slot akasia tv3

OST Drama

Judul : Demi Cinta
Penyanyi : Tomok dan Fatin Afeefa
Lirik : Tomok
Komposert : Tomok

Sinopsis Drama Shakira

Drama Shakira mengisahkan watak Shakira yang terpaksa berhenti kolej untuk menjaga adiknya yang mempunyai masalah mental. Ini berikutan adik Shakira telah kelingan bayinya.

Disinilah bermula perjalanan cerita apabila Shakira bertemu dengan Amir. Pada mulanya mereka bersifat tegang antara satu sama lain dan lama-kelamaan rasa cinta mula berputik.

Baru perasaan cinta mula timbul, bekas tunang Amir iaitu Anita muncul dan mahukan Amir kembali. Maka jadilah cinta tiga segi antara mereka.

Dapatkan Amir mengejar cinta Shakira? Bagaimana pula dengan adik Shakira yang mempunyai masalah mental tersebut. Apa pula yang Anita akan buat pada Shakira? Kena tonton drama ini nanti.

tonton drama shakira di slot akasia tv3

Waktu Bersiaran

Jadi jangan ketinggalan untuk saksikan drama Shakira yang bersiaran setiap hari Isin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 dan tontonan secara online di platform iQIYI.

Drama bersiri ini akan mula ditayangkan di iqiyi sejurus selepas habis tayangan di tv. Jika anda pelanggan VIP, anda boleh tonton terus tanpa menunggu dan ianya tersedia secara percuma selepas 48 jam.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Episod 19 | Episod 20 | Episod 21

Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27

Episod 28 (Akhir)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Tonton Drama Shakira (Slot Akasia TV3)"