Jangan Salah Makan! Ketahui Jenis Panadol Dan Kegunaannya Yang Betul

Ketahui Jenis Panadol Dan Kegunaannya Yang Betul

Kita biasa kalau demam atau pening kepala, kita akan makan ubat dan paling biasa yang kita ambil adalah panadol. Ini kerana ianya boleh dapat dimana-mana kedai farmasi atau pasaraya dengan mudah dengan pelbagai jenis.

Tetapi sebenarnya bukan semua panadol boleh diambil oleh semua orang terutamanya jika mereka mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi. Ada panadol yang mengandungi sodium yang tinggi, jadi orang darah tinggi tak sesuai tau.

Oleh itu, sebelum ada ambil mana-mana jenis panadol yang ada dijual di pasaran, anda perlu tahu terlebih dahulu kandungan yang ada dalam setiap ubat paracetamol tersebut.

Ya, panadol ini sebenarnya adalah jenama tetapi nama ubat tersebut adalah Paracetamol (PCM) yang jika di USA ianya dipanggil Acetaminophen

Jenis Panadol Dan Kegunaanya Yang Betul

Untuk ketahui maklumat ini, Ahli Farmasi, Amir Said ada kongsikan tentang jenis-jenis panadol serta kegunaanya dengan betul disamping kuantiti dos yang dicadangkan.

Ingat ya, kalau demam ke sakit-sakit badan ke, maksimum dos untuk ubat paracetamol adalah 4000mg atau 4g sehari. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya.

1)  PANADOL ACTIFAST (PCM 500mg, sodium 173mg)

PANADOL ACTIFAST

Fungsi sodium untuk cepatkan penyerapan PCM dekat usus kecil. So, kita akan dapat effect dengan lebih cepat. 

Sodium tinggi, tak sesuai untuk patient ada darah tinggi. 

Dos : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩ Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2

2)  PANADOL OPTIZORB (PCM 500mg)

PANADOL OPTIZORB

Ianya mengandungi calcium carbonate, alginic acic & crospovidone. Ubat akan lebih cepat hancur dalam badan. So, PCM lebih mudah & cepat diserap. Kesan seawal 15 minit. 

Takde sodium, sesuai untuk patient ada darah tinggi.

Dos : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩ Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2

3)  PANADOL EXTRA (PCM 500mg, caffeine 65mg)

PANADOL EXTRA

PCM bersama caffeine untuk kurangkan sakit yang teramat sangat. Headache, migraine, back pain, sakit gigi dsb. Tak sesuai untuk wanita pregnant & breastfeed sebab ada caffeine.

p/s : menurut ahli farmasi ini juga, kajian ada menunjukkan pengguna 250mg caffeine boleh tingkatkan tekanan darah sebanyak 4mmHg. Jadi walaupun tiada sodium, Panadol Extra yang ada caffeine boleh tingkatkan tekanan darah juga.

Dos : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩ Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2

4)  PANADOL SOLUBLE (PCM 500mg, sodium 427mg)

PANADOL SOLUBLE

Untuk patient yang susah nak telan ubat tablet. Just larutkan ubat dalam 1 gelas air.

Kandungan sodium tinggi, tak sesuai untuk patient yang ada darah tinggi.

Dos : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩ Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

5)  PANADOL MENSTRUAL (PCM 500mg, pamabrom 25mg)

PANADOL MENSTRUAL

Untuk wanita yang ada senggugut masa datang haid. Macam mana? Pamabrom ada kesan diuresis; dia boleh singkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid. 

Dos : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩ Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

6)  PANADOL EXTEND (PCM 665mg)

PANADOL EXTEND

Ada 2 layer untuk panjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubat akan lebih lama iaitu sehingga 8 jam. Sesuai untuk pesakit kronik.

Tablet lain PCM 500mg, yang ni 665mg

Dos : 2 biji setiap 6-8 jam (3 kali sehari je). Panadol lain 4 kali sehari.

⏩ Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2

Jenama Lain Panadol

Jenama-jenama panadol ini ianya telah didaftarkan secara sah dan anda masih boleh dapatkan dipasaran Malaysia, tetapi ianya kurang terkenal sahaja. 

7)  PANADOL FOR COLD RELIEF

PCM 500mg, Pseudoephedrine 30mg

8)  PANADOL ALLERGY SINUS

PCM 500mg, Pseudoephedrine 30mg, Chlorpheniramine 2mg

9)  PANADOL COLD + FLU – ND 

PCM 500mg, Phenylephrine 5mg

jenama lain panadol kurang terkenal

Jadi diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua lagi-lagi yang suka sangat telan panadol supaya lebih tahu kandungan yang sesuai untuk anda.

Jangan ambil terlebih dos atau overdose yang pastinya akan memberi kesan kepada badan anda. Nak guna lama kan, jadi ambil dos yang dicadangkan sahaja.

Kalau demam lepas ambil vaksin pun, digalakkan untuk ambil panadol. Ambil jika ada masalah kesihatan sahaja tau.


sumber : twitter Amir Said

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jangan Salah Makan! Ketahui Jenis Panadol Dan Kegunaannya Yang Betul"