Senarai Pemain Sri Pahang Tahun 2022 FC Dan Jersi Yang Digunakan

Pemain Sri Pahang FC Dan Jersi Yang Digunakan Untuk Musim 2022

Musim terbaru Liga Malaysia 2022 akan bermula pada 4 Mac 2022 dan bagi pasukan Sri Pahang, mereka akan akan bertemu Terengganu FC di Liga Super pada hari esoknya iaitu 5 Mac di Stadium Darul Makmur.

Jadi disebabkan itu, kini kesemua pasukan bola sepak tempatan mula sibuk perkemaskan pasukan masing-masing untuk mengharungi musim terbaru kali ini.

BACA : Senarai Pemain Sri Pahang FC Dan Jersi Yang Akan Digunakan Untuk Musim 2021

Sri Pahang FC terkenal dengan jolokan Tok Gajah juga tidak terkecuali pagi memperkuatkan pasukan bagi mengharungi musim terbaru yang pastinya lebih hangat apabila terdapat pendatang baru dari Liga Premier sebelum ini.

Untuk permulaan, Sri Pahang FC secara rasmi telah memperkenalkan kit jersi terbaru yang akan digunakan bagi kesemua pemain pasukan tersebut bagi menaikkan semangat ketika berhadapan dengan lawan.

Tiket Perlawanan Di Stadium Darul Makmur Kuantan

Untuk yang ingin menonton secara langsung di stadium, selain beli tiket masuk di kaunter stadium, adalah lebih baik anda dapatkan secara online sahaja di sripahangfc.com.my dengan harga bermula RM13.60.

Jersi Baru Sri Pahang FC Untuk Tahun 2022

Berbeza daripada tahun lepas, edisi 2022 kali ini, Sri Pahang FC menggunakan jersi jenama tempatan iaitu Hakka Clo untuk jersi Home dan Away

Jersi Baru Sri Pahang FC Untuk Tahun 2022

Masih mengekalkan warna tradisi kuning biru bagi jersi utama dan kali ini menggunakan warna merah jambu untuk jersi away manakala warna hijau dan pink untuk jersi penjaga gol.

BACA : Senarai Jersi Setiap Pasukan Bagi Liga Malaysia 2022

Setakat ini hanya jersi jenis authentic yang dijual iaitu berharga RM169.90 (Authentic) dan RM49.90 (Fans Issue). Anda boleh dapatkan di kedai-kedai terpilih atau beli secara online di www.hakkaclo.com/sri-pahang atau di shop.sripahangfc.com.my.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan jersi pasukan Sri Pahang FC menerusi Shopee HakkaClo Pahang sekarang.

Barisan Pemain Baru Sri Pahang FC 2022

Ketua Jurulatih : Christophe Gamel

Penjaga Gol

  • Mohd Zarif Irfan (1)
  • Daniel Wafiuddin (18)
  • Syazmin Ruzaimi (22)
  • Samassa Mamadou (30)

Pertahanan

  • Amirzafran (2)
  • Nicholas Swirad (4)
  • Shahrul Aizad (11)
  • Muhammad Ashar (13)
  • Muslim Ahmad (24)
  • Azwan Aripin (27)
  • Faizal Arif (62)
  • Fandi Othman (71)
  • Johan Cedric Francois Martial (91)

Tengah

  • Lee Tuck (7)
  • Muhamad Baqiuddin (12)
  • Zuhair Aizat Nazri (17)
  • Muhammad Shahrulnizam (19)
  • Azam Azih (20)
  • David Rowley (55)
  • Sean Gan Gianelli (14)
  • Manu Hidalgo (88)

Penyerang

  • Billy Ketkeophomphone (8)
  • Mahmoud Za'tara (9)
  • Malik Mat Ariff (10)
  • Sergio Aguero (16)
  • Nur Izzat (23)

Jadi diharapkan pasukan yang aku sokong ini dengan jolokan Hogoh Pahang Hogoh dapat memberikan yang terbaik untuk musim baru ini.

Dah lama kemarau piala ni.

Takkan setiap musim berlawan untuk elak zon penyingkiran je kan. Bagilah saingan sikit kali ini ditambah pula ada coach DNA dari Perancis ni.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post