Undian Peringkat Kumpulan Bagi Pusingan Akhir Piala Asia B-23 Tahun 2022 (Uzbekistan)

Undian Peringkat Kumpulan Bagi Pusiangan Akhir Piala Asia B-23 Tahun 2022 (Uzbekistan)

Undian peringkat kumpulan bagi pusingan akhir Piala Asia B-23 edisi 2022 telah rasmi diumumkan sebentar tadi berlangsung di Tashkent yang dipertontonkan melalui Youtube AFC Asian Cup.

Pusingan Akhir Piala Asia B-23 yang juga merupakan edisi kelima kejuaraan akan berlangsung di Asia Tengah buat kali pertama dimana Uzbekistan akan menjadi tuan rumah kepada kesemua 32 perlawanan yang juga berlangsung di bandar Tashkent dan Karshi.

Kejohanan ini dijadualkan akan berlangsung bermula 1 Jun sehingga 19 Jun 2022.

Pada majlis undian tersebut, skuad Harimau Malaya B-23 kendian Brad Maloney telah diundi dalam kumpulan C bersama-sama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

Tuan rumah Uzbekistan yang juga merupakan juara edisi 2018 diundi bersama Iran, Qatar dan pendatang baru, Turkmenistan dalam kumpulan A.

Australia yang merupakan pemenang tempat ke-3 dalam edisi 2020 yang lalu diundi dalam kumpulan B bersama-sama Jordan Iraq dan Kuwait manakala Jepun, juara edisi 2016 berada dalam kumpulan D bersama Arab Saudi, UAE dan Tajikistan.

Undian Peringkat Kumpulan Bagi Pusiangan Akhir Piala Asia B-23 Tahun 2022 (Uzbekistan)

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post