Saksikan Drama 30 Hari Sebelum Raya Di Diandra TV9 Bermula 29 Mac Ini

drama 30 hari sebelum raya di tv9 dan disneyplus hotstar

Menyusuli Tumpang Lalu Bang, drama 30 Hari Sebelum Raya pula akan mengisi slot Diandra yang akan mula disiarkan pada 29 Mac 2022 menerusi saluran TV3 dan laman penstriman Disney+ Hotstar.

Drama bersiri sempena bulan Ramadan ini merupakan terbitan Tanah Beris Film Production, diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan nukilan skrip oleh Dr. Shahremy Ikhmal.

Episod : 28
Tayangan : Slot Diandra TV9 & Disney+ Hotstar
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Dr. Shahremy Ikhmal
Penerbit : Shuhaimi Lua Abdullah
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

drama 30 hari sebelum raya di tv9 dan disneyplus hotstar

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama sini ini seperti Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chaca Maembong, Fahrin Ahmad, Apren Manrose, Mark Adam, Shakilla Khoriri, Ariff Bahran, Shamsul Ghau Ghau, Umar Al-Amsyar, Aida Aris, Adam Mikhail dan ramai lagi

  • Kazar Saisi sebagai Pak Jeri
  • Liza Abdullah sebagai Mak Tom
  • Sufian Suhaimi sebagai Harraz
  • Chacha Maembong sebagai Saodah
  • Fahrin Ahmad sebagai Izham
  • Aprena Manrose sebagai Rosnah
  • Mark Adam sebagai Hafiz 
  • Shakilla Khoriri sebagai Hamidah
  • Ariff Bahran sebagai Aiman
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Hamid
  • Aida Aris sebagai Cik Kiah 

OST Drama

Lagu Tema : Yang Satu
Penyanyi : Aman Nassim, Red Rahimid, Ariff Peter
Lirik : Pown Hasril, Otromen, Nass, Ariff Peter & Red Rahimad
Komposer : Pown Hasril, Otromen, Nass, Ariff Peter & Red Rahimad

Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya

Drama 30 Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang keluarga Mak Tun. Keluarganya besar dan Mak Tun ni seorang yang cepat melatah dan membuat andaian sendiri.

Mak Tun selalu laju sehinggakan keputusan yang dia buat selalunya tanpa usul periksa apabila berhadapan dengan apa jua keadaan.

Kali ini, Mak Tun beranggapan suaminya mengidap penyakit kanser tahap 4 dan hanya berbaki 30 hari untuk meneruskan hidupnya.

Mak Tun semakin tertekan kerana Hari Raya bakal tiba dalam tempoh 30 hari ini. Betul ke suami dia penghidapn kanser tahap 4?

Dapatkan Mak Tun berhari raya dengan suaminya? Kalau Nak tahu, kenalah tonton drama ini sehingga habis.

sinopsis drama 30 hari sebelum raya di tv9 dan disneyplus hotstar

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 30 Hari Sebelum Raya bermula 29 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pada pukul 8.30 malam menerusi slot Diandra di TV9 dan Disney+ Hotstar.

Anda boleh saksikan di DisneyPlus Hotstar www.hotstar.com/my dan aplikasi mobile. Perlu langgan dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Tonton Semua Episod 30 Hari Sebelum Raya Secara Online

TONTON DISINI

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post