Drama Dendam Seorang Isteri Isi Slot Tiara Astro Prima

drama dendam seorang isteri di astro prima

Menyusuli Hati Yang Dikhianati, drama Dendam Seorang Isteri pula akan mengisi slot Tiara bermula 21 Mac 2022 yang akan disiarkan di Astro Prima 105.

BACA : Drama Jangan Menangis Cinta Isi Slot Megadrama Astro Ria

Drama bersiri ini merupakan adaptasi daripada siri popular Korea berjudul 'Temptation Of Wife' merupakan terbitan Radius One Sdn. Bhd. diarahkan oleh Uchee Fukuda dan Nizam Zakarian dengan hasil nukilan skrip oleh Lynnda Sharudin, Marr Mohamad, Pahzai Al-Khaired dan Suzanna Zaily.

Dua pelakon wanita hebat iaitu Fasha Sandha dan Nad Zainal diangkat sebagai watak utama dalam drama ini yang mana bakal menarik perhatian para penonton disamping pelakon-pelakon hebat lain.

Episod : 80
Pengarah :  Uchee Fukada & Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin, Marr Mohamad, Pahzai Al-Khaired & Suzanna Zaily
Produksi : Radius One Sdn Bhd

drama dendam seorang isteri di astro prima

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi drama Dendam Seorang Isteri seperti Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Roy Azman, Ziema Din, Dian P. Ramlee, GM Fauzan, Amylea Zarynn Min dan ramai lagi

  • Fasha Sandha sebagai Amira
  • Nad Zainal sebagai Kirana
  • Wan Raja sebagai Harris
  • Aidit Noh sebagai Naufal
  • Roy Azman sebagai Mus
  • Ziema Din sebagai Datin Mona
  • Dian P. Ramlee sebagai Ain
  • GM Fauzan sebagai Sulaiman
  • Zarynn Min sebagai Kak Baby
  • Amylea sebagai Neelisa

OST Drama

Judul Lagu : Kesumat
Penyanyi : Rian Shain
Komposer: Amylea

Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri

Drama Dendam Seorang Isteri mengisahkan tentang Amira iaitu seorang isteri yang taat kepada seorang suami playboy bernama Harris.

Dalam pergolakan rumah tangga mereka termasuk campur tangan ibu mertua, Amira menjadi mangsa khianat oleh kekasih suaminya, Kirana. 

Bermulalah rancangan Harris dan Kirana untuk membunuh Amira yang sebenarnya sedang mengandung apabila skandal mereka hampir terdedah dan diketahui oleh Amira.

Amira yang dianggap mati dalam tragedi akhirnya berjaya diselamatkan. Amira kini kembali dengan identiti baru untuk membalas dendam kepada mereka yang telah memusnahkan kehidupannya sebelum ini.

drama dendam seorang isteri di astro prima

Waktu Bersiaran

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Dendam Seorang Isteri bermula 21 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Prima 105.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Dendam Seorang Isteri Isi Slot Tiara Astro Prima"