Jadual Perlawanan AFF Futsal Championship Thailand 2022

Jadual Perlawanan AFF Futsal Championship Thailand 2022

Selepas habis bagi sukan bola sepak dan kini kita bergerak ke sukan Futsal pula. Kejohanan AFF Futsal Championship 2022 akan diadakan di Bangkok, Thailand dari 2 hingga 10 April 2022.

Kejuaraan Futsal AFF 2022 bakal melibatkan 9 buah negara Asia Tenggara termasuk Australia bagi merebut kejuaraan untuk edisi ke-17 yang mana Thailand sebagai penyandang juara untuk tahun 2019 sebelum ini.

Untuk edisi 2022, sebanyak 9 pasukan akan dibahagikan dalam 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B yang mana 2 pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan bergerak ke pusingan Separuh Akhir.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Thailand, Indonesia, Kemboja dan Brunei. Manakala Kumpulan B menampilkan Vietnam, Myanmar, Timor-Leste dan Australia

Selain daripada merebut gelaran juara, tiga pasukan terbaik akan layak ke Piala Asia Futsal 2022 yang dijadualkan berlangsung di Kuwait pada September depan.

Senarai Skuad Futsal Harimau Malaya

Seramai 16 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong bagi kejohanan AFF Futsal Championship 2022

skuad malaysia di aff futsal championship 2022

Jadual & Keputusan Perlawanan AFF Futsal Championship Thailand 2022

Jangan ingat sukan AFF Bola Sepak je ada tayangan secara langsung, sukan Futsal kali ini juga akan dibawakan secara live kaca tv anda terus daripada Indoor Stadium Huamark, Bangkok, Thailand.

Anda boleh saksikan Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Go untuk setiap perlawanan.

Jadi anda boleh tetap memberi sokongan yang padu kepada skuad futsal Harimau Malaya sepanjang kejohanan berlangsung.

Kumpulan A - Thailand, Malaysia, Indonesia, Kemboja, Brunei
Kumpulan B - Vietnam, Myanmar, Timor-Leste, Austrlia

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan bagi kejohanan AFF Futsal Championship 2022. Perlawanan adalah mengikut waktu Malaysia.

Sabtu, 2 April 2022

  • Malaysia (7) - (6) Kemboja
  • Thailand (13) - (0) Brunei

Ahad, 3 April 2022

  • Brunei (0) - (12) Indonesia
  • Kemboja (0) - (16) Thailand

Isnin, 4 April 2022

  • Vietnam (1) - (1) Myanmar
  • Timor Leste (4) - (7) Australia
  • Indonesia (5) - (1) Malaysia
  • Brunei (2) - (2) Kemboja

Selasa, 5 April 2022

  • Australia (1) - (6) Myanmar
  • Timor Leste (1) - (7) Vietnam
  • Malaysia (10) - (0) Brunei
  • Indonesia (2) - (2) Thailand

Rabu, 6 April 2022

*Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

  • Vietnam (5) - (1) Australia
  • Myanmar (10) - (3) Timor Leste
  • Kemboja (2) - (11) Indonesia
  • Thailand (4) - (2) Malaysia

*Malaysia gagal ke peringkat Suku Akhir selepas menduduki tempat ketiga dan kumpulan A dengan 6 mata

Khamis, 7 April 2022

[Hari Rehat]

Jumaat, 8 April 2022

[Peringkat Separuh Akhir]

*Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

  • Myanmar (1) - (6) Indonesia
  • Thailand (3) - (1) Vietnam

Sabtu, 9 April 022

[Hari Rehat]

Ahad, 10 April 2022

*Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

[Tempat Ke-3/Ke-4]
Myanmar (1) - (1) Vietnam
Penalti Vietnam menang 4-1

[Final]

Thailand (2) - (2) Indonesia
Penalti Thailand menang 5-2

------------------------------------------

Tempat Ke-4 : Myanmar
Tempat Ke-3 : Vietnam
Naib Juara : Indonesia
Juara : Thailand

*keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Anda boleh dapatkan info lanjut bagi setiap perlawanan melibatkan semua pasukan menerusi laman web Football ASEAN di www.aseanfootball.org/afffutsalchampionship2022

2/Post a Comment/Comments

  1. Baru tahu Harimau Malaya ada skuad Futsal jugak hehehee
    sedehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Tapi bukan semua tahu. Act setiap pasukan bola sepak dalam negara ni ada team futsal dia.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post