Lokasi Bazar Ramadan di Pahang Tahun 2022

Lokasi Bazar Ramadan di Pahang Tahun 2022

Untuk tahun 2022, Kerajaan telah membenarkan semula diadakan aktiviti Bazar Ramadan. Jadi khusus untuk orang Pahang, anda boleh tengok sini senarai lokasi Bazar Ramadan yang ada di negeri Pahang.

Di Malaysia, aktiviti bazar ramadan sangat sinonim dengan masyarakat tempatan apabila tiba bulan yang mulia ini. Disinilah orang ramai boleh dapatkan pelbagai aneka juadah untuk berbuka puasa.

Kadang kala, hanya di Bazar Ramadan sahaja kita akan jumpa makanan tersebut. Tapi kalau di Pahang pastinya terkenal dengan murtabak feri, juadah lauk pauk seperti ikan patin, puding diraja dan pelbagai lagi.

Tetapi dengan pelbagai juadah yang disediakan ini, kita juga perlu ingat untuk tidak membazir lagi-lagi di dalam bulan yang penuh barakah ini. Ingat, beli apa yang perlu sahaja.

BACAJadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Pahang 2022

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 3 April 2022 iaitu pada hari Ahad bersamaan dengan 1 Ramadan 1443H. Jadi hari Sabtu malam, kita sudah boleh lakukan Solat Sunat Tarawih

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Pahang Untuk Tahun 2022

Jadi untuk penduduk tempatan atau mungkin ada orang luar yang singgah di Pahang dan mencari lokasi bazar ramadan popular di sekitar sini, anda boleh tengok senara ini sebagai rujukan.

Lokasi Bazar Ramadan ini melibatkan di semua daerah di dalam Pahang seperti di Bentong, Jerantut, Kuantan, Temerloh, Maran dan beberapa di kawasan lain.

Bentong

  • Dataran Bentong
  • Medan Selera Kg. Baru
  • Dataran Niaga Karak

Bera

  • Bandar Triang (Jalan Komersial Triang)
  • Bandar Bera (Tapak Pasar Tani)
  • Bandar Kemayan (Sentral Kemayan)
  • Gugusan Bera (Simpang Kepayang)
  • Bandar 32 Bera (Kawasan Perniagaan Tementi)

Cameron Highland

  • Tanah Rata
  • Brinchang

Kuantan

  • Tapak Parkir Kereta Kantin Rahimah
  • Tapak Taman Tas
  • Tapak Jaya Gading
  • Dataran Sayangi Kuantan
  • Mahkota Square (Tapak Letak Kereta Taman Kerang)
  • Serambi Teruntum
  • Pantai Selamat Indera Mahkota
  • Kota SAS
  • Hadapan TMG Tanjung Lumpur
  • Hadapan TMG Beserah
  • Taman Impian
  • Indera Sempurna 2
  • Hentian Gambang
  • Tunas Manja Sungai Isap
  • Taman Gelora
  • Balok Permai
  • Tanjung Api
  • Peramu
  • Stadium Darul Makmur

Lipis

  • Dataran Orang Kaya Haji
  • Tapak Pekan Sehari Benta
  • Tapak Pekan Sehari Padang Tengku

Maran

  • Perkarangan Anjung Selera, Taman Tasik Maran
  • Persimpangan Jalan Intan dan Jalan Delima, Nadi Kota, Bandar Tun Abdul Razak Jengka
  • Tapak Pasar Malam Pekan Awah
  • Tapak Pasar Malam Pekan Tajau
  • Dataran Indera Pahlawan Pekan Chenor
  • Pekan Sri Jaya

Pekan

  • Kawasan Lapang Hadapan Pejabat Majlis Daerah Pekan
  • Tapak Lapang Sebelah Unit Hemodialisis Hospital Pekan, Jalan Mahkota

Raub

  • Sekitar Bangunan LKNP, Raub

Rompin

  • Tapak Pasar Minggu, Kuala Rompin
  • Tempat Letak Kenderaan Berpusat Teluk Gading
  • Tapak Pasar Rabu, Muadzam Shah
  • Dataran Kejat, Bandar Tun Razak
  • Bukit Ibam

Temerloh

  • Lurah Semantan
  • Taman Temerloh Jaya
  • Bukit Desa Semantan
  • Lanchang
  • Kuala Krau

Kesemua lokasi Bazar Ramadan ini adalah berdasarkan perkongsian daripada pihak penganjur termasuk Pihak Berkuasa Tempatan bagi setiap daerah di negeri Pahang khusus untuk tahun 2022 ini.

Walaupun pengoperasia Bazar Ramadan dibenarkan, tetapi perlulah juga mengamalkan SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan imbas MySejahtera bagi mengekang penularan Covid-19.

Disini diucapkan juga Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua pembaca!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post