Saksikan telefilem Cik Som Ongah yang akan menemui penonton pada 30 Mac 2022, hari Rabu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Telefilem mencuit hati disamping menyumbangkan pengajaran merupakan terbitan produksi Aisha Waryams Sdn. Bhd dengan arahan oleh Sham JR yang akan diulang siar untuk tontonan semula kepada semua.
Sinopsis Telefilem Cik Som Ongah
Telefilem Cik Som Ongah menampilkan barisan pelakon seperti Zila Bakarin, Ako Mustapha, Siti Fazurina, Nazeera Sardi, Adam Shahz, Zalfazin, Hazman Al-Idrus, Danny X-Factor dan ramai lagi.
Ianya mengisahkan tentang Cik Som (Zila Bakarin) yang menjadi orang tengah dimana telah berjaya mengatur jodoh antara Hanisa dengan Faizal. Bukan itu sahaja, pasangan Suhaimi dan Marhayu juga berjaya dipertemukan jodoh mereka.
Pada masa sama, Cik Som bukan sahaja menjual jamu dan barang kemas, dia juga turut menjual kambing. Tetapi yang lebih diutamakan Cik Som adalah pencari jodoh. Semuanya itu dilakukan secara percuma dan Cik Som sangat gembira dengan kepercayaan yang diberi kepadanya.
Kesibukan Cik Som mencari jodoh untuk orang lain menyebabkan rumah tangganya terjejas dan suaminya terabai. Cik Som terlepas pandang dengan tanggungjawabnya yang gagal dilaksanakan.
Masihkan ada kesempatan bagi Cik Som untuk mengubah keadaan? Ataukah dia gagal mengembalikan kebahagiaan dalam rumah tangganya sendiri? Ikuti kesudahannya di TV2.
Post a Comment