Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia Untuk Mahasiswa

Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia Untuk Mahasiswa

Berita baik kepada Mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40 apabila Kerajaan telah mengumumkan bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang boleh dimohon bermula 15 April 2022.

Inisiatif ini adalah untuk menyediakan peranti dalam bentuk tablet kepada mahasiswa IPT yang layak bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus dipelihara sama ada pembelajaran secara online atau hibrid.

Bantuan ini telah pun diumumkan dalam Belanjawan 2022 baru ini yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Terma PerantiSiswa

Mahasiswa yang layak akan menerima sebuah tablet yang diberikan tanpa pelan data internet. Peranti tersebut juga akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) dimana mahasiswa perlu serahkan atau pulangkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan iaitu :

  • Mahasiswa tamat pengajian
  • Berhenti pengajian
  • Dibuang pengajian
  • Menyalahgunakan peranti sehingga mendatangkan kemudaratan atau salah disisi undang-undang
  • Melanggar apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Pentadbir Program

Mahasiswa yang menerima peranti ini adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga keselamatan peranti. Jadi sekiranya berlaku kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet, sila laporkan kepada Pentadbir Program.

BACACara Mohon Tebus RM150 ePemula

Ianya mestilah digunakan sebaik-baiknya untuk pembelajaran dan tidak digunakan untuk mengakses perkara yang menyalahi undang-undang. Sekiranya ada pelanggaran undang-undang, mahasiswa boleh dikenakan penalti.

Syarat Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Bagi melayakkan anda untuk membuat permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia, anda perlu penuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu:

Mahasiswa datang daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah sebanyak RM4,850 dan ke bawah

Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda. (Universiti Awam (UA), IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti. Matrikulasi tidak layak)

  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022
  • Mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada kerajaan sebelum ini

Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh dibuat mulai 15 April 2022, hari Jumaat bermula pada jam 8.00 pagi di pautan yang disediakan dengan langkah seperti dibawah:

  1. Pergi ke laman web perantisiswa.kkmm.gov.my dan klik "Daftar Pengguna"
  2. Kemudian lengkapkan maklumat yang dikehendaki seperti nama penuh, no. Mykad, alamat emel berserta kata laluan. Klik "Daftar"
  3. Anda akan menerima notifikasi di emel bagi tujuan pengesahan dan klik "Aktifkan Akaun"
  4. Login semula menggunakan emel dan password yang telah ditetapkan sebelum ini
  5. Kemudian isi Borang Permohonan PerantiSiswa dengan lengkap. Tandakan ✔ pada bahagian Perakuan Pelajar dan akhir sekali klik "Hantar Permohonan"
  6. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah selesai buat pendaftaran. Klik "Cetak" untuk simpanan

Bilakah Keputusan Permohonan Akan Diumumkan

Pemakluman keputusan atau status permohonan akan dibuat melalui emel kepada pemohon yang berjaya.

Bilakah PerantiSiswa Akan Diagihkan

Sekiranya berjaya, PerantiSiswa dijangka akan mula diberi atau diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022

Permohonan Rayuan

Mungkin ada Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa munasabah. Anda boleh buat permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

Spesifikas Peranti

Mahasiswa yang layak akan menerima sebuah tablet dengan spesifikasi seperti berikut 

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280x800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

Hubungi

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, anda boleh sahaja emelkan terus ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau hubungi nombor 03-8911 5351/5258/5265/5188

Untuk info lanjut, boleh pergi ke laman web perantisiswa.kkmm.gov.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post