Cara Minta Refund Duit Daripada Apple Store Kalau Terbeli Aplikasi & Subsciption

cara refund duit langganan apple tv

Tahukan anda sebenarnya jika anda terbeli aplikasi atau lupa nak cancel subscription seperti Apple TV+, Apple Music anda boleh minta refund daripada Apple Store (cara refund apple service).

Itulah yang aku buat beberapa hari lepas apabila aku berjaya dapatkan semula duit aku kerana lupa untuk berhenti (stop) atau cancel subscription Apple TV yang aku langgan di iPad selepas 3-month trial yang diberi secara percuma.

Sepatutnya tempoh langganan Apple TV+ adalah tamat pada 31 Mac dan akan resubscribe secara automatik pada 1 April 2022. Jadi aku terlupa untuk cancel pada 31 Mac dan pada 1 April, Apple dah langgan dan tolak duit secara automatik sebanyak RM19.90 bagi langganan Apple TV+.

Apple TV+ merupakan salah satu platform penstriman drama siri dan filem antarabangsa sama seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan HBO Go tetapi mempunyai niche kandungan yang tersendiri.

Walaupun tak banyak kandungan yang menarik, jangan tak tahu, Apple TV+ menjadi platform penstriman pertama memenangi Best Pictures di Oscar 2022 menerusi filem "CODA". Jadi kalau nak tonton filem tu, kena langgan Apple TV+. (Aku tak sempat tengok pun)

Berbalik kepada refund tersebut, aku memang tidak berminat untuk melanggan semula, jadi aku cuba untuk dapatkan refund dengan emel Apple Support. Selepas 14 hari tiada jawapan langsung daripada pihak Apple.

Jadi aku rasakan, mungkin dah tak dapat semula duit langganan tu daripada Apple selepas 14 hari. Dah lama, mungkin pihak Apple tidak berminat untuk pulang semula duit.

Tapi sebenarnya tidak. Ada cara yang betul anda boleh dapatakn refund tersebut menerusi saluran yang betul dan sah. Jadi disini aku tunjukkan cara nak dapatkan refund daripada Apple Store kalau mungkin anda ada terbeli aplikasi iphone atau mungkin lupa nak cancel langganan

Cara Minta Refund Duit Daripada Apple Store

Untuk situasi pengalaman refund apple produk sendiri, aku lupa nak cancel auto-subscription Apple TV+ berharga RM19.90 dan aku mohon refund selepas 15 hari duit aku ditolak.

Tambahan lagi, dalam tempoh tersebut, aku tak pernah buka sekali pun Apple TV+ di iPad atau mana-mana platform. Aku tak usik langsung.

Langkah 1
Anda pergi ke pautan Apple Support di https://support.apple.com/en-us/HT204084 dan kemudian klik pada "reportaproblem.apple.com"

Langkah 2
Kemudian Sign In menggunakan Apple ID anda seperti biasa

Disini akan dipaparkan semua benda yang anda langgan atau beli di Apple sama ada aplikasi, langganan aplikasi dan langganan perkhidmatan (Apple TV+, MUBI, Apple Music etc)

Langkah 3
Klik pada "I would like to..." dan pilih " Request a refund" dan pada bahagian "Tell us more...", pilih "I did not intend to renew a subscription (s)" disebabkan aku taknak lagi langgan Apple TV+.

p/s : kalau anda terbeli aplikasi, boleh pilih "I did not mean to buy this"

cara refund duit langganan apple tv

Langkah 4
Kemudian akan dipaparkan apa langganan yang telah dibuat iaitu Apple TV+. Jadi tandakan pada ikon tersebut dan akhir sekali klik Submit

cara refund duit langganan apple tv

Selesai!

Proses permohonan adalah selama 48 jam. Jadi dalam tempoh tersebut, pihak Apple akan siasat dan akan buat keputusan untuk luluskan atau tidak.

Refund Berjaya

Selepas buat permohonan, berapa lama proses refund apple ini sebenarnya?

Ianya bergantung, untuk pengalaman aku sendiri, lebih kurang 24 jam selepas permohonan, Apple telah meluluskan permohonan Refund aku dan duit langgan RM19.90 Apple TV+ dipulangkan serta merta di Touch 'N Go eWallet yang menjadi medium pembayaran aku sebelum ini.

Walaupun dah lebih 2 minggu ter'auto langgan', tetap boleh dapatkan refund tersebut.

Jadi mungkin anda ada yang lupa nak cancel langganan atau ada terbeli aplikasi iPhone di App Store, anda boleh cuba untuk request refund seperti langkah di atas.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post