Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Di TV3 (Slot Akasia)

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Di TV3

Menyusuli Harith Fayyadh, drama yang ditunggu-tunggu ramai 7 Hari Mencintaiku 3 pula akan mengisi slot Akasia bermula 16 April 2022 di saluran TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi.

Drama bersiri yang pernah menjadi viral bermula dengan musim pertama dan kemudian musim kedua dan kali ini mereka menyambung lagi dengan musim ketiga tahun 2022 yang pastinya dengan plot penceritaan yang lebih menarik.

BACA : Tonton 7 Hari Mencintaiku 1 & 2 Di iQiyi Malaysia

Kali ini ianya bukan diadaptasi novel, tetapi drama ini merupakan idea asal daripada penerbitnya sendiri dan juga novelis terkenal Siti Rosmizah yang bertindak sebagai penulis skrip bagi naskah terbaru kali ini. Katanya, lepas ni baru dinovelkan cerita ini.

Karya 35 episod ini merupakan terbitan SR One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan dengan dibarisi pelakon-pelakon dan watak sedia ada disamping watak-watak baru sepanjang  penceritaan.

Episod : 35
Tayangan : Slot Akasia di TV3 dan iQiyi Malaysia
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Siti Rosmizah
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Di TV3

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi drama 7 Hari Mencintaiku 3 ialah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jaja Iliyes, Wafariena, Bil Azali, Faye Kusairi, Jasmin Hamid dan Anne Abdullah

Bukan itu sahaja, terdapa juga pelakon seperti Sean Lee, PU Azman, Reen Rahim, Azza Elite, Dayang Areeda, Ezad Lazim, Razman Mahayuddin, Nur Dhia Irdina dan ramai lagi

  • Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
  • Siti Saleha sebagai Mia Adriana
  • Kazar Saisi sebagai Pak Samad
  • Liza Abdullah sebagai Mak Leha
  • Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
  • Wan Sharmila sebagai Sofi
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
  • Bil Azali sebagai Zaidi
  • Faye Kusairi sebagai Syakila
  • Jasmin Hamid sebagai Zarina
  • Anne Abdullah sebagai Mak Andak
  • Nur Dhia Irdina sebagai Alisa
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
  • Sean Lee sebagai Dr Adam
  • Reen Rahim sebagai Fatin Husna
  • PU Azman sebagai Taufik
  • Azza Elite sebagai Kak Piah
  • Dayang Areeda sebagai Maimunah
  • Ezad Lazim sebagai Husin
  • Razman Mahayuddin sebagai Burhan
  • Silfeny Osman sebagai Azura

OST Drama

Tajuk Lagu : Kaulah Syurga
Penyanyi : Khai Bahar & Lia Aziz
Komposer : Asfan Shah
Lirik : Siti Rosmizah

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Untuk musim terbaru drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini, penceritaan bermula dengan trajedi kemalangan jalan raya yang menimpa Khuzairi. Disebabkan itu, Khuzairi lumpuh dan pastinya rumah tangga mereka sekali lagi diuji.

Sejak kejadian tersebut, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia merasakan dia tidak lagi ‘sempurna’ untuk menjadi seorang suami kepada Mia dan seorang ayah untuk anak-anak mereka.

Pada masa yang sama juga, Pak Samad sebenarnya sedang sakit dan disebabkan itu, dia terpaksa menjalani pembedahan tetapi dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya.

Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada keluarganya meminta mereka mencari erti cinta sejati dalam masa 7 hari. Adakah ianya sebuah pesanan terakhir daripada Pak Samad?

Nantikan kesudahannya dipengakhiran

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Di TV3

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 7 Hari Mencintaiku 3 bermula 16 April ini, setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di saluran TV3.

Jangan risau jika anda ketinggalan, anda juga boleh strim melalui www.iq.com/local atau melalui aplikasi iQiyi di Play Store dan App Store pada jam 8.00 malam pada hari yang sama.

Bagi pelanggan VIP, anda boleh akses episod baru 1 jam selepas tayangan di tv. Tapi jangan risau, anda boleh tonton secara percuma selepas 48 jam tayangan di tv. Jadi lambat sikit la. 

Tonton Semua Episod 7 Hari Mencintai 3

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20

Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27 | Episod 28

Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32

Episod 33 | Episod 34 | Episod 35 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post