Drama Mem & Bibik-Bibik Di TV3 (Slot Azalea)

Drama Mem & Bibik-Bibik Di TV3

Sempena Ramadan, TV3 akan bawakan sebuah drama terbaru bagi mengisi slot Azalea iaitu drama Mem & Bibik-Bibik yang akan mula bersiaran pada 4 April 2022.

Drama terbitan Mache All Stat United Sdn. Bhd. ini merupakan idea asal daripada MF Kencana yang juga penulis skrip dan ianya diarahkan oleh Wan Saiful Shahrizan.

Penonton akan dapat lihat gandingan suami isteri iaitu Rozita Che Wan atau dikenali juga dengan Che Ta dan Zain Saidin sebagai peneraju utama dalam drama ini

Episod : 20
Tayangan : Slot Azalea di TV3
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan
Idea Asal : MF Kencana
Penulis Skrip : MF Kencana
Penerbit : Arisz Ab Rahman & Norley
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

Drama Mem & Bibik-Bibik Di TV3

Pelakon

Antara pelakon drama Mem Dan Bibik-Bibik ialah Rozita Che Wan, Zain Saidin Tengku Zara, Nabila Razali, Aprena Manrose, Iqran Dinzly, Adibah Noor, Ezlynn Ariffin, Bell Ngasri, Shakila Khoriri, Azza Elite, Marya Zuraida dan ramai lagi

  • Rozita Che Wan sebagai Puan Tiny
  • Zain Saidin sebagai Encik Hakimy
  • Tengku Zara sebagai Nini
  • Nabila Razali sebagai Bibik PHF Dr. Azira
  • Aprena Menrose sebagai Bibik Mahani (NGO)
  • Iqram Dinzly sebagai Bibik Boby
  • Adibah Noor sebagai Bibik Mok
  • Bell Ngasri sebagai Bibik Rocky
  • Azza Elite sebagai Bibik Senior
  • Shakila Khoriri sebagai Bibik Ram

Sinopsis Drama Mem & Bibik-Bibik

Drama Mem & Bibik-Bibik mengisahkan sebuah keluarga iaitu Encik Hakimy, Puan Tiny bersama anak kecilnya, Nini yang sering bertukar pembantu rumah mereka pada setiap dua minggu.

Ini kerana pembantu-pembantu rumah mereka sering menimbulkan masalah di rumah dan juga kawasan kejiranan sehingga menjadi tidak selesai.

Bagaimana agaknya bos besar dan mem berhadapan dengan masalah ini. Macam mana agaknya mereka boleh selesaikan permasalahan bibik-bibik mereka disamping melayan kerenah mereka?

Drama Mem & Bibik-Bibik Di TV3

Waktu Bersiaran

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Mem Dan Bibik-Bibik bermula 4 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 2.00 petang di slot Azalea TV3.

Selain itu, jika anda tidak berkesempatan tengok di tv, anda juga boleh strim secara online menerusi portal Tonton di www.tonton.com.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post