Drama KUASA Di Astro Citra (Astro Originals)

Drama Siri KUASA Di Astro Citra

Selepas Dukun Diva, kandungan Astro Originals kini kembali dengan sebuah lagi drama siri berjudul KUASA yang akan menemui penonton bermula 11 April 2022 secara eksklusif hanya di saluran Astro Citra.

Drama siri kali ini seperti lagi gempak apabila mempertemukan dua syarikat produksi terkenal iaitu Astro Shaw dan Skop Productions yang bekerjasama bagi menghasilkan sebuah naskah original hasil daripada idea Shamin Yusof sertai hasil nukilan skrip oleh Shamaine Othman dan Leysha Al-Yahya.

Siri kali ini berkisahkan tentang fiksyen sebuah keluarga penerbit yang berpengaruh dalam dunia hiburan yang penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.

Episod : 8
Tayangan : Astro Citra (Astro Originals)
Pengarah : Kroll Azry
Idea Asal : Shamin Yusof
Penulis Skrip : Shamaine Othman & Leysha Al-Yahya
Produksi : Astro Shaw Sdn. Bhd & Skop Production Sdn. Bhd.

Drama Siri KUASA Di Astro Citra

Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam siri KUASA ialah Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Nazim Othman, Nadia Brian, Izzy Reef, Dazrin Kamarudin, Alicia Amin, Nia Atasha, Azri Iskandar, Syanie Hisham, Farid Amirul dan ramai lagi.

  • Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Dhameer
  • Ning Baizura sebagai Puan Sri Lily
  • Nazim Othman sebagai Darius
  • Nadia Brian sebagai Delilah
  • Izzy Reef sebagai Dharma
  • Dazrin Kamarudin sebagai Arman
  • Alicia Amin sebagai Emma
  • Nia Atasha sebagai Natalie
  • Azri Iskandar sebagai Tan Sri Aziz
  • Syanie Hisham sebagai Kak Bah
  • Farid Amirul sebagai Doktor Jason

OST Drama

Judul Lagu : KUASA
Penyanyi : Joe Flizzow ft. Azlan & The Typewriter
Komposer : ALYPH
Lirik : Joe Flizzow dan ALYPH

Sinopsis Drama Siri KUASA

Drama siri Kuasa mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga penerbit terkenal dan berpengaruh yang mana mereka hidup dalam kemegahan bersama tiga orang anaknya yang bakal mewarisi legasinya kelak.

Selama 35 tahun dalam industri hiburan ini, Tan Sri Dhameer telah pun membina sebuah empayar terbesar dengan syarikat Wira Entertainment yang mana bermula dengan penghasilan filem-filem tempatan, muzik dan kemudian ke platform pelaburan sehinggalah menubuhkan yayasan.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga anaknya, Delilah, Darius dan Dharman tamak dan ingin merebut untuk menjadi waris tunggal syarikat milik ayahnya tersebut.

Oleh itu, ayahnya Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidikan anak-anaknya dimana sebenarnya terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi yang datang daripada keluarga mereka sendiri.

Adakah dia akan berjaya atau mungkin disebabkan ketamakan anak-anaknya tersebut akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau dimasa akan datang?

Drama Siri KUASA Di Astro Citra

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan kesemua episod drama siri KUASA bermula 11 April ini, setiap hari Isnin pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Citra 108.

Jika anda tidak berkesempatan untuk menonton, anda boleh saksikan semula menerusi On Demand atau di platform Astro Go dengan muat turun aplikasi di Play Store dan App Store.

Drama Siri KUASA Di Astro Citra

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama KUASA Di Astro Citra (Astro Originals)"