Drama Sudin Dah Kaya Awesome TV

Drama Sudin Dah Kaya Awesome TV

Sepanjang Ramadan ini, saksikan drama Sudin Dah Kaya yang akan bersiaran mulai 2 April 2022, setiap hari Khamis hingga Ahad pada jam 9.30 malam di slot Dramedi Awesome TV (Astro 123 & Myfreeview 112) atau secara online di awsometv.my

Drama siri 18 episod ini merupakan terbitan Rumah Produksi Merah, daripada pengarah Razif Ajiboy Rashid dan hasil nukilan skrip oleh Faten Syamimie dan Azahari Hamid yang diterbitkan sendiri oleh pelakon utama iaitu Dato' Awie

Sinopsis Drama Sudin Dah Kaya

Drama Sudin Dah Kaya menampilkan barisan pelakon seperti Dato' Awie, Marisa Yasmin, Zalif Sidek, Puteri Lofea, Ummar Dzariff, Sharwani Ns, Afiq Rahem, Alif Rafiq dan ramai lagi.

Kisah ianya bermula sebuah keluarga termiskin di Malaysia yang terdiri daripada pasangan suami isteri, SAMAD (Dato'Awie) dan SAODAH (Marisa Yasmin).

Dua anak mereka iaitu SAERAH (Puteri Lofea) dan SUDIN (Ummar Dzarif), dan juga adik kepada Samad iaitu SHUIB (Zalif Sidek) yang menjumpai karung berisi wang jutaan ringgit.

Samad yang lurus menganggap doanya untuk menjadi kaya telah dimakbulkan Tuhan, lalu keluarga tersebut menggunakan wang tersebut untuk memulakan hidup baru sebagai orang kaya.

Keluarga Sudin bingung untuk memulakan hidup sebagai orang kaya. Perkara pertama yang dilakukan adalah berpindah ke rumah besar.

Dengan kebijaksanaan Sudin, keluarganya mulai menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka sebagai orang kaya, meskipun banyak peristiwa lucu yang berlaku kerana beza hidup mereka dulu dan kini ibarat langit dengan bumi.

Untuk tonton online, anda boleh klik sini | LINK 1 | LINK 2

Drama Sudin Dah Kaya Awesome TV

Drama Sudin Dah Kaya Awesome TV

1/Post a Comment/Comments

  1. Dapat tengok 1st episode..
    best and kelakar cerita dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post