Tahniah Shila Amzah Disebalik Rambutan Juara The Masked Singer Malaysia Musim Kedua

Rambutan Juara The Masked Singer Malaysia Musim Kedua

Selepas sepuluh minggu bersiaran, akhirnya orang ramai termasuk juri telah ketahui kesemua identiti di sebalik topeng dalam program The Masked Singer Malaysia musim ke-2.

Dalam pentas akhir tersebut telah menyaksikan Rambutan diangkat sebagai JUARA selepas berjaya mengalahkan empat peserta lain.

Topeng Rambutan yang dipakai oleh penyanyi Shila Amzah berjaya mencuri hati juri disebalik persembahan yang ditonjolkan pada malam tersebut melalui lagu Hurt nyanyian Christina Aguilera dan Bujang Senang dari Wing.

Shila Amzah membawa pulang trofi pertandingan dan gelaran juara seperti mana mengikut format asal negara-negara lain (program asal King of Mask Singer)

Tempat kedua pula menjadi milik Seladang yang dipakai oleh penyanyi Amir Masdi. Beliau membawakan lagu Madah Berhelah dari Ziana Zain dan Stereotype dari band Akim & The Majistret.

Seterusnya Orkid yang dipakai oleh Liza Hanim berada di kedudukan tempat ketiga daripada kesemua finalist pada malam tersebut. Beliau menyampaikan lagu Pudar daripada Indah Ruhaila dan Rolling In The Deep nyanyian asal Adele.

Sementara Burung Hantu yang dipakai oleh pelakon dan penyanyi Hanna Delisha menduduki tempat keempat dimana beliau membawakan lagu Fantasia Bulan Madu nyanyian Search serta lagu kedua iaitu Bukan Cinta Biasa bersama Bring Me To life

Untuk tempat kelima iaitu Ratu Semut yang dipakai oleh Ara Johari. Beliau bawakan lagu Kerana Aku Sanggup daripada Agnes Monica dan lagu Seragam Hitam nyanyian asal Kristal.

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini lebih menarik apabila membawakan 14 peserta disebalik topeng yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, ahli sukan dan sebagainya.

Lebih menarik lagi, juri tetap untuk musim kedua ini ditambah seorang lagi menjadi 9 orang kesemuanya iaitu Datuk Aznil Hj. Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Juri Zizan Razak memperoleh mata tertinggi sekali gus meraih Anugerah Tekaan Juri Paling Gempak

Disamping itu, Datul AC mizal telah menggalas tugas dengan baik sekali setiap minggu sebagai hos bagi program kali ini.

The Masked Singer Malaysia 2 telah bersiaran selama 10 minggu pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di saluran Astro Warna 107 dan Astro Go.

Gambar : Astro Gempak

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Tahniah Shila Amzah Disebalik Rambutan Juara The Masked Singer Malaysia Musim Kedua"