Lokasi Bazar Ramadan di Kuala Lumpur Tahun 2022

Bazar Ramadan di Kuala Lumpur Tahun 2022

Untuk tahun 2022, Kerajaan telah membenarkan semula diadakan aktiviti Bazar Ramadan. Jadi khusus untuk warga kota, anda boleh tengok sini senarai lokasi Bazar Ramadan yang ada di Kuala Lumpur.

Di Malaysia, aktiviti bazar ramadan sangat sinonim dengan masyarakat tempatan apabila tiba bulan yang mulia ini. Disinilah orang ramai boleh dapatkan pelbagai aneka juadah untuk berbuka puasa.

Kadang kala, hanya di Bazar Ramadan sahaja kita akan jumpa makanan tersebut. Jika di Lembah Klang pastinya pelbagai juadah yang boleh diperoleh seperti Ayam Golek, Ayam Percik, Murtabak, Kuih Pelita 123 dan pelbagai lagi.

Tetapi dengan pelbagai juadah yang disediakan ini, kita juga perlu ingat untuk tidak membazir lagi-lagi di dalam bulan yang penuh barakah ini. Ingat, beli apa yang perlu sahaja.

BACALokasi Bazar Ramadan di Selangor Tahun 2022

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 3 April 2022 iaitu pada hari Ahad bersamaan dengan 1 Ramadan 1443H. Jadi hari Sabtu malam, kita sudah boleh lakukan Solat Sunat Tarawih

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Kuala Lumpur Untuk Tahun 2022

Jadi untuk penduduk tempatan atau mungkin ada orang luar yang singgah di Kuala Lumpur dan mencari lokasi bazar ramadan popular di sekitar sini, anda boleh tengok senarai dibawah sebagai rujukan.

Lokasi Bazar Ramadan ini melibatkan di beberapa kawasan seperti di Cheras, Wangsa Maju, Bukit Bintang, Titiwangsa dan beberapa kawasan lain lagi.

  • Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5
  • Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)
  • Kampung Baru
  • Seksyen 1 Wangsa Maju
  • Bazar Ramadan Taman Setiawangsa
  • Taman Tasik Permaisuri
  • Stadium Shah Alam
  • Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya
  • Bazar Ramadan Wisma Suhati Segambut
  • Jalan Telawi, Bangsar
  • Bazar Ramadan Bukit Bintang
  • Bazar Ramadan SS13 Subang Jaya
  • Bazar Ramadan Seksyen 14 Petaling Jaya
  • Bazar Ramadan Bandar Tun Razak
  • Dataran Prima Saujana, Kajang
  • Bazar Ramadan Kelana Jaya
  • Masjid India & Jalan Tar
  • Taman Sri Serdang
  • Bazar Ramadan USJ4
  • Taman Melawati
  • Bazar Ramadan Puchong Perdana
  • Bazar Ramadan Setapak Jaya
  • Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
  • Bandar Baru Ampang
  • Jalan Reko Kajang
  • Taman Pelangi Semenyih
  • Bazar Ramadan Taman Equine
  • Taman Melor Ampang
  • Bazar Ramadan Pandan Indah
  • Bazar Ramadan Puncak Jalil

Ini adalah antara kawasan atau lokasi Bazar Ramadan paling popular di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang berdasarkan perkongsian orang ramai untuk tahun 2022

Walaupun pengoperasia Bazar Ramadan dibenarkan, tetapi perlulah juga mengamalkan SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan imbas MySejahtera bagi mengekang penularan Covid-19.

Disini diucapkan juga Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua pembaca!

1/Post a Comment/Comments

  1. dulu dekat bazar ttdi tu boleh jumpa hael husaini, sekarang tak tau la dia pergi sana lagi ke tak haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post