Saudara Yang Kita Boleh Dan Tak Boleh Salam (Ketika Raya)

dengan siapa saya boleh bersalam dan hukum salam dengan mahram

Menjelang Aidilfitri, pastinya kita bersama-sama keluarga dan saudara akan mulakan hari dengan salam bermaafan di pagi raya sebagai tanda mohon keampunan sesama manusia.

Jadi jika kita beraya beramai-ramai bersama sanak-saudara pastinya ramai yang kita perlu salam sambil kenal mengenali antara dengan yang lain dengan lebih rapat kan. Mengeratkan silaturahim antara semua.

Amalan salam maaf-bermaafan ini sangat baik dan digalakkan oleh Islam lagi-lagi kalau kita memang ada salah yang kadang kita tak perasan dengan ahli keluarga sendiri, ibu bapa, adik beradi, sanak saudara atau rakan taulan yang lain.

Walaubagaimanapun, amalan salam bersalaman ini perlulah dilakukan dengan betul dan ikhlas. Salah satunya adalah bagi yang sudah baligh bersalaman dengan bukan mahram berlainan jantina adalah haram mengikut mazhab Syafie.

BACA : Senarai Mahram Bagi Lelaki Dan Perempuan

Jadi sebelum anda bersalaman dengan sanak saudara, anda perlu tahu hukum adakah dia mahram kita yang mana kita dilarang untuk berkahwin dengannnya yang mana barulah kita boleh bersalaman atau adakah dia bukan mahram yang mana boleh berkahwin dengannnya tetapi dilarang bersentuhan termasuk bersalaman.

Mungkin ada yang nak tahu juga apa hukum bersalam dengan bapa saudara sebelum ibu atau sebelah bapa. Hukum salam mak saudara dan sebagainya. 

Selain itu apa pula hukum bersalam dengan sepupup lelaki sebelah bapa atau sebelah ibu jika anda perempuan? Hukum anak saudara lelaki dan ibu saudara dan sebagainya. Nak tahu dengan siapa saya boleh bersalam sebenarnya?

Antara Saudara Yang Kita Boleh Salam Dan Saudara Yang Kita Tidak Boleh Salam

Bersentuhan seperti bersalaman ini bukanlah terhad pada hari raya sahaja, tetapi setiap masa dan keadaan kecuali dalam situasi tertentu dibenarkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Untuk nak tahu siapa mahram dan bukan mahram terlebih dahulu anda mesti mengenali saudara-saudara anda terlebih dahulu. Kemudian barulah anda boleh tahu dibolehkan bersalaman atau tidak.

Jika anda sudah kenal, untuk tahu keadaan tersebut, anda boleh rujuk infografik seperti dibawah mengikut keadaan anda sama ada lelaki atau perempuan

Jika Anda Adalah Seorang Lelaki

dengan siapa saya lelaki tidak boleh bersalam

Antara saudara dekat yang anda tidak boleh bersalam ialah isteri kepada pakcik anda bersama anak perempuannya iaitu sepupu anda. Selain itu, kakak ipar dan isteri adik ipar juga tidak dibenarkan untuk bersalaman. Anda boleh rujuk gambar diatas

Jika Anda Adalah Seorang Perempuan

dengan siapa saya perempuan tidak boleh bersalam

Antara saudara dekat yang anda tidak boleh bersalam ialah suami kepada makcik anda bersama anak lelakinya iaitu sepupu anda sendiri. Selain itu, suami kepada kakak, suami kakak ipar dan adik ipar lelaki juga haram untuk bersalaman. Anda boleh rujuk gambar diatas.

Semoga dengan perkongsian ini sediki sebanyak dapat memberi maklum tentang dengan siapa kita boleh bersalaman. Sebagai tanda hormat, anda boleh lah letakkan tangan didada dan tunduk sebagai ganti kepada salaman kan.

Jadi dengan siapa saya boleh bersalam?


Sumber : Dewan Amal Islami Unimas - DAMAI

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post