Telefilem Adik Kakak TV3 (Cerekarama)

Telefilem Adik Kakak TV3

Saksikan telefilem terbaru berjudul Adik Kakak yang akan menemui oenonton pada 13 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan idea asal daripada Abu Marhalem Salleh yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah hasil nukilan skrip oleh Zarihah Hassan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Switch On Entertainment Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Adik Kakak

Buat pertama kali 2 beradik yang juga pelakon hebat digandingkan dalam sebuah cerita iaitu Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy) bersama adiknya Fazlina Ahmad Daud. Selain itu terdapat juga pelakon seperti Fauziah Nawi, Hasnul Rahmat, Faye Kusairi, Lia Natalia dan ramai lagi.

  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Azizah (Adik)
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Hanum (Kakak)
  • Lia Natalia sebagai Hanum
  • Faye Kusairi sebagai Azizah
  • Fauzia Nawi sebagai Maklong
  • Hasnul Rahmat sebagai Razlan
  • Sharifah Shahora sebagai Tina

Telefilem Adik Kakak mengisahkan tentang pengorbanan seorang adik iaitu Hanum berumur 45 tahun yang sanggup menjaga kakaknya iaitu Azizah, 52 tahun yang dilahirkan dengan masalah ID (Intellectual Disorder) peringkat ‘moderate’.

Abang-abangnya tidak menghiraukan kakaknya lagi kerana keadaan sebegitu. Jadi Maklong mencadangkan kepada Adik untuk menghantar Kakak ke rumah penjagaan orang-orang cacat supaya lebih terjaga.

Telefilem Adik Kakak TV3

Telefilem Adik Kakak TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post