Telefilem Di Penghujung Fatamorgana Di TV2

Telefilem Di Penghujung Fatamorgana Di TV2

Saksikan telefilem Di Penghujung Fatamorgana yang akan disiarkan pada 11 Julai 2023, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 atay secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my.

Jika sebelum ini kita biasa disajikan dengan cerita cinta dan air mata, kali ini melalui naskah ini sedikit berbeza apabila ianya bakal menceritakan tentan kisah penculikan kanak-kanak dan disulami dengan genre psiko, misteri, siasatan dan drama.

Telefilem Di Penghujung Fatamorgana diarahkan oleh Ejump Mohd dengan hasil nukilan skrip oleh Akmal Firul serta diterbitkan oleh syarikat produksi Megapine (M) Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Di Penghujung Fatamorgana

Antara barisan pelakon dalam telefilem ini ialah Amar Asyraf, Sara Ali, Nazia Mustafar, Ainin Batrisya, Nina Iskandar, Fezrul Khan, Aizat Hassan dan ramai lagi.

Telefilem Di Penghujung Fatamorgana mengisahkan tentang kehilangan anak seorang wartawan, Zamarul yang sedang menulis tentang satu lagi kes penculikan seorang anak pasangan usahawan selebriti.

Penculikan itu disyaki berkait rapat dengan satu sindiket, namun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan setelah kes tersebut menjadi satu misteri.

Apakah yang terjadi pada pengakhiranya? Mungkin ada misteri yang berjaya terungkai?

Telefilem Di Penghujung Fatamorgana Di TV2

Telefilem Di Penghujung Fatamorgana Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Di Penghujung Fatamorgana Di TV2"