Saksikan telefilem Doktor Idaman yang akan menemui penonton pada 3 April 2022, hari Ahad pada jam 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau secara online di Tonton.
Telefilem ini merupakan idea asal dan nukilan skrip oleh Fatin Syamimie, terbitan Mermaid Studios dan diarahkan oleh pengarah wanita hebat, Liyana Jasmay dengan genre komedi romantik.
Sinopsis Telefilem Doktor Idaman
Telefilem Doktor Idaman menampilkan barisan seperti Nadiya Nisaa, Bella Astilah, Dee Alhadi, Azrel Ismail, Nik Rafa’ie dan ramai lagi.
Ianya mengisahkan tentang tiga wanita urban Sarah (Nadiya Nisa), Meen (Bella Astilah) dan Dada (Dee Alhadi) yang jatuh cinta pada seorang doktor hansem dan kacak iaitu Dr. Imal (Azrel Ismail) di Klinik Idaman.
Ketiga-tiga mereka gilakan doktor itu tapi hanya seorang saja yang berjaya mencuri hatinya. Adakah mereka jatuh sakit atau sebenarnya mereka jatuh cinta?
Selamat menonton
ReplyDeletePost a Comment