Telefilem Kabur Di TV2

Telefilem Kabur Di TV2

Saksikan sebuah telefilem menarik bertajuk Kabur yang akan bersiaran pada 17 Januari 2023, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 dan secara online di RTMKLIK rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Ambang Network Sdn. Bhd. ini merupakan arahan daripada pengarah yang tidak asing lagi iaitu Along Kamaludin.

Sinopsis Telefilem Kabur

Telefilem Kabur menampilkan barisan pelakon seperti Nad Zainal, Dazrin Kamarudin, Annie Mosha, Azlan Mokhtar, Nur Qatriesha Eve Tania, Azlan Mokhtar dan ramai lagi.

  • Nad Zainal sebagai Widuya
  • Dazrin Kamarudin sebagai Hilman
  • Annie Mosha sebagai Zetty.

Tonton telefilem Kabur online - DISINI | DISINI

Ianya mengisahkan tentang seorang pembantu rumah, Widuya dari Indonesia yang bekerja di rumah majikannya Hilman dan Zetty. Widuya yang menghidapi penyakit Schizophrenia. Dia yang pernah kehilangan anak sering diganggu oleh suara yang menyalahkannya atas kematian anaknya.

Suara itu juga mengarahkan dia mencari atau mendapatkan semula anaknya yang telah meninggal dunia. Dia kemudiannya mensasarkan anak majikannya yang seusia dengan anaknya sebagai ganti dan merancang untuk membawa kanak-kanak itu lari ke Indonesia.

Telefilem Kabur Di TV2

Telefilem Kabur Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post