Telefilem Mania Di TV2

Telefilem Mania Di TV2

Saksikan telefilem Mania yang akan menemui penonton semula pada 5 Disember 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan strim secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini diterbitkan oleh Nasharudi dengan syarikat produksi Multinet Aim Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah ternama Along Kamaludin dengan hasil nukilan skrip oleh Irwan Mansor

Sinopsis Telefilem Mania

Antara pelakon yang membintangi telefilem Mania seperti Wanns Ahmad, Shiqin Kamal, Hairie Othman, Azeela Shadan, Dazrin Kamarudin, Fimie Don dan ramai lagi.

  • Wanns Ahmad sebagai Adib
  • Shiqin Kamal sebagai Erin

Ianya mengisahkan tentang tentang Adib iaitu seorang pelajar kolej yang sedang mencari seseorang untuk jatuh cinta. Akhirnya Adib jatuh cinta dengan Erin iaitu seorang janda yang dikenalinya di media sosial selepas mereka semakin rapat.

Pada awal pertemuan, Erin agak keberatan untuk meneruskan hubungan kerana jarak perbezaan umur dan darjat keluarga yang berbeza. Namun, Adib tetap bertegas untuk meneruskan hubungan kerana amat mencintai Erin walau apa pun dugaan yang mendatang.

Adib bagaimanapun tidak mengetahui hubungannya dengan erin bakal merubah hidupnya secara total. Apakah mania? Siapakah yang mania? Apakah benar bagai dikata cinta mampu mendorong seseorang menjadi gila.

Telefilem Mania Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post