Telefilem Penyiasat Viral Di TV2

Telefilem Penyiasat Viral Di TV2

Saksikan telefilem Penyiasat Viral yang akan menemui penonton semula pada 19 April 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan tontonan secara online di RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang mengetengahkan tentang penggunaan media sosial ini merupakan terbitan syarikat produksi Bolt Studio Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Wan Affendy Abdullah serta hasil nukilan skrip oleh Bainun Waheeda berserta Wan Affendy sendiri.

Sinopsis Telefilem Penyiasat Viral

Antara barisan artis yang membintangi Penyiasat Viral ialah Elizabeth Tan, Jaja Eylias, Lia Natalia, Ken Ridzuan, Azman Hassan, Aman Salleh, Ghadafi, Meliki, Azwan Razali dan ramai lagi

Telefilem ini mengisahkan tentang Sarah (Elizabeth Tan) yang baru bekerja di QRT Media sebagai wartawan. Tiara (Lia Natalia) yang mengendalikan sebuah progam di situ merupakan seorang influencer yang menjadi idola Sarah.

Sarah banyak terpengaruh dengan Tiara dan perkara ini tidak disenangi Rina (Jaja Eylias), rakan sekerja Sarah. Suatu hari, Tiara telah diculik dan Sarah bersama Rina telah menyiasat kehilangan Tiara!

Telefilem Penyiasat Viral Di TV2

Telefilem Penyiasat Viral Di TV2

sumber : bolt studio

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Penyiasat Viral Di TV2"